Memaparkan catatan dengan label Penutupan Laman Facebook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penutupan Laman Facebook. Papar semua catatan

Sabtu, 9 Ogos 2014

PENDAPAT ORANG BODOH, JIKA FACEBOOK DITUTUP ??


Yang pentingnya segala tindakan yang diambil biar CEPAT, TEPAT dan BERKESAN.

Tindakan sebegini akan memberi kesan serta pengajaran kepada mereka-mereka yang kurang ajar dan tidak menggunakan kemunafaatan yang dibina untuk memberi kemudahan kepada kita semua.

Alahai.... tak kan lah perkara begini pun tak tahu nak buat atau nak cadangkan kepada PEGUAM NEGARA supaya tindakan yang lebih tegas diambil ??

GANI PATAIL kenalah bertindak segera memberi arahan dalam Kertas Siasatan yang dihantar oleh PDRM agar tindakan yang drastik dapat diambil bagi melaksanakan tangkapan serta pertuduhan dengan segera.

Ini tidak. Tuding menuding jari berterusan dan sungguh memalukan. Itu lah sebabnya, undang-undang di negara kita ini, terlalu sangat mudah diperkotak-katikan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.


Mungkin terlalu lama GANI PATAIL menjadi PEGUAM NEGARA dan tak tau nak beri arahan atau sudah malas. 

Kerajaan perlu mengkaji perkara ini agar MELANTIK PEGUAM NEGARA yang baru, yang lebih EFISYEN bagi menstabilkan segala tindakan disudut perundangan agar tidak mudah rapoh ditelan zaman.

Jangan pulak macam NAJIB, pembangkang desak hapus ISA dia hapuskan, kononnya nak dapat nama. Sama jugak seperti PAK LAH, desak Al-JUburi bebas dari penjara, dia bebaskan. Tapi apa yang berlaku sekarang ini ? makan diri sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...