Memaparkan catatan dengan label KK Mart. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KK Mart. Papar semua catatan

Rabu, 27 Mac 2024

POLIS DEDAH CCTV RAKAM DALANG BALING BOM PETROL DI KK MART

 

Polis mendedahkan kamera litar tertutup (CCTV) di CAWANGAN KK MART DI BIDOR, PERAK merakam individu yang dipercayai dalang kejadian membaling bom petrol di kedai serbaneka itu awal pagi semalam.

Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri berkata lelaki itu dilihat kira-kira jam 5.35 pagi di kaki lima berhampiran kedai itu dan turun dari kereta berwarna gelap yang mempunyai pelekat syarikat penghantaran.

Dia dilihat membaling botol kaca dipercayai mengandungi minyak tanah dan meninggalkan tempat kejadian sejurus selepas itu.

“Pihak polis sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

“Pihak polis memohon kerjasama orang ramai untuk tampil menyalurkan sebarang maklumat dan boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Norseha Baharudin di talian 05-4011861 / 017 796 3359.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan apa-apa kegiatan yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Sebelum ini, ahli parlimen DAP Kelvin Yii berkata ahli politik yang menyemarakkan api perpecahan secara tidak langsung bertanggungjawab terhadap cubaan membakar kedai serbaneka itu.

Katanya, perbuatan keji seperti itu tidak sepatutnya berlaku di Malaysia yang mmempunyai pelbagai kaum hidup secara harmoni.

Walaupun Yii tidak memetik nama, Ketua Pemuda Umno Dr Muhammad Akmal Saleh adalah salah seorang ahli politik yang lantang menggesa kempen boikot KK Mart.

Bagaimanapun, Akmal turut mengecam tindakan membaling bom petrol itu dengan melabelkan perbuatan itu sebagai melampau.

KK Mart telah menjadi tumpuan kontroversi selepas stoking yang tertera kalimah ‘Allah’ ditemui di tiga cawangannya.

KK Mart dan bekas pembekalnya telah memohon maaf atas perkara itu dan mendakwa mereka terlepas pandang.

Awal hari ini, KK Mart, bekas pembekalnya Xin Jian Chang Sdn Bhd, dan pengarah bagi kedua-dua syarikat didakwa kerana sengaja melukakan perasaan agama.

https://sengatdaily.com/polis-dedah-cctv-rakam-dalang-baling-bom-petrol-di-kk-mart/

PENGASAS KK MART, PENGARAH DAN PENGEDAR STOKING 'KALIMAH ALLAH' DITUDUH LUKAKAN HATI UMAT ISLAM

 

SHAH ALAM: Tujuh pihak termasuk KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd dan Xin Jian Chang Sdn Bhd yang juga pembekal stoking tertera kalimah Allah kepada rangkaian kedai serbaneka itu didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini.

Selain dua syarikat berkenaan, turut didakwa Pengasas, Pengarah dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Super Mart, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan, 57, dan isterinya yang juga pengarah syarikat sama, Datin Seri Loh Siew Mui, 53, selain Pengarah Xin Jian Chang Sdn Bhd yang juga tiga beranak iaitu Soh Chin Huat, 61; isterinya, Goh Li Huay, 62; dan anak mereka, Soh Hui San, 36.

Lima individu berkenaan mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim, Muhamad Anas Mahadzir.

Mengikut pertuduhan, Kee Kan dan Siew Mui didakwa dengan sengaja berniat melukakan perasaan umat Islam dengan mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah di rak pameran jualan di KK Supermart & Superstore Sdn Bhd di Jalan PJS 11/7, Bandar Sunway, jam 6.30 pagi pada 13 Mac lalu.

DISYORKAN UNTUK ANDA

·         'Jangan keluarkan kenyataan pendakwaan kes stoking kalimah Allah' - Peguam
·         TERKINI: Pengasas KK Mart, isteri hadapi tuduhan lukakan perasaan orang Islam jual stoking kalimah Allah
·         Isu stoking kalimah Allah: Pengasas KK Mart, isteri dan syarikat pembekal akan didakwa hari ini
·         KK Mart, pengurus tertinggi syarikat pembekal stoking didakwa esok - Jabatan Peguam Negara
·         Polis siasat kes jualan stoking tertera kalimah Allah
·         Stoking kalimah Allah: Bukit Aman buka 2 kertas siasatan
·         Isu Stoking: KK Mart saman Xin Jian Chang, tuntut pelbagai ganti rugi
·         Isu kalimah Allah: Pengasas KK Mart antara 8 dirakam keterangan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...