Memaparkan catatan dengan label E-Book. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label E-Book. Papar semua catatan

Khamis, 21 Mac 2013

Penyerahan E-Book Pelajar Tahun 4 DUN Rhu Rendang

Rhu Rendang 19/03/2013 - Program Penyerahan E-Book kepada pelajar-pelajar Tahun 4 DUN Rhu Rendang berlangsung di Dewan Utama Majlis Daerah Marang, yang telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu.

Seramai 656 orang pelajar diseluruh Sekolah Kebangsaan DUN Rhu Rendang menerima e-book yang telah disampaikan sendiri oleh YAB Menteri Besar Terengganu.


Jumaat, 15 Jun 2012

Kerajaan cadang tambah perisian e-Book bagi Kelas Kafa

Kerajaan negeri becadang untuk menambah beberapa mata pelajaran ke dalam sistem e-Book pelajar Tahun Empat dan Lima untuk kegunaan Kelas al-Quran dan Kelas Fardu Ain (Kafa).

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, cadangan itu akan dibincangkan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana Kafa berada di bawah pengurusan Kerajaan Pusat dan ia membabitkan kos tambahan bila ia dilaksanakan.

Rabu, 28 Mac 2012

723 PELAJAR DARJAH 4 DUN RHU RENDANG TERIMA E-BOOK


Marang 27/03/2012 - Dengan misi mahu membuat lonjakan hebat terhadap penguasaan teknologi maklumat (ICT), langkah demi langkah digerakkan bagi mengubah lanskap pendidikan Negeri Anjung Ilmu, Terengganu. Bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Medan Jaya, Rusila, wajah gembira murid, guru dan ibu bapa dirakamkan apabila seramai 723 murid dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang menerima agihan e-Book percuma.

Ahad, 18 Mac 2012

TERENGGANU NEGERI PERTAMA DIDUNIA MEMBERI E-BOOK KEPADA PELAJAR

Image Detail 
Terengganu merupakan negeri pertama di dunia yang mengagihkan e-book secara percuma kepada pelajar sekolah rendah seluruh negeri.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said meminta penduduk negeri ini supaya melayari internet dan mencari negara mana di dunia ini yang memberi e-Book secara percuma kepada pelajar selain dari kerajaan negeri Terengganu.

Ahad, 30 Oktober 2011

Khatam Al-Quran catat rekod Malaysia


Seramai 20,133 pelajar Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) yang menyertai Majlis Khatam al-Quran secara serentak di Terengganu diiktiraf sebagai teramai di negara ini sekaligus mencatat dalam Malaysia Book Of Record (MBOR).

Majlis itu diadakan secara berasingan di tujuh daerah di mana Kuala Terengganu mencatatkan bilangan 6,326 pelajar paling ramai, diikuti Besut (3,149), Marang (2,744), Setiu(2,311), Dungun (2,024), Hulu Terengganu (1,910) dan Kemaman pula mencatatkan 1,670.


Isnin, 10 Oktober 2011

Penyerahan E-Book kepada pelajar-pelajar darjah 4 kawasan DUN Rhu Rendang


Marang 10/10/2011 - Majlis Penyerahan E-Book kepada pelajar-pelajar Darjah 4, Sekolah-Sekolah Rendah kawasan DUN Rhu Rendang, Marang, Terengganu telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Gong Nangka, Marang pada hari ini 10/10/2001 mulai jam 2.30 petang. Majlis perasmian disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang dan turut hadir Pengarah Pelajaran Terengganu En. Razali bin Daud.

Isnin, 26 September 2011

Pelajar Tahun Empat mula terima e-Book




Seramai 1038 orang murid Tahun Empat daripada 12 buah sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh menerima pengagihan pertama e-Book daripada Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said dalam majlis yang diadakan di Stadium Negeri Gong Badak. hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...