Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan mempertingkat
penguatkuasaan di kawasan perairan negara dengan pemantauan dan rondaan 24 jam sehari (Klik) bagi mengekang kegiatan pencerobohan nelayan asing daripada terus
berleluasa.
Menteri
di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata menerusi
pendekatan itu, kapal atau bot APMM akan melakukan pertukaran tugas di lautan
agar kawasan di bawah pemantauan APMM sentiasa terkawal daripada sebarang
pencerobohan.
"Sebelum
ini bot akan pulang ke pangkalan untuk melakukan pertukaran tugas dan ia
mengambil masa yang lama untuk bot seterusnya kembali ke laut.
