MARANG 05 Feb
2013 - Sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Marang di sini hari ini
berlangsung begitu meriah dan luar jangkaan dengan kehadiran kira-kira 10,000
umat Islam pelbagai peringkat umur yang menyertai perarakan sejauh 4 kilometer.
Mereka terdiri daripada 145
kontinjen mewakili agensi kerajaan, badan berkanun dan beruniform, syarikat
swasta, institusi pengajian tinggi, sekolah, JKKK dan Pergerakan UMNO serta
pertubuhan bukan kerajaan.

