Umno pusat sudah menerima semua senarai nama calon parti itu yang berpotensi bertanding pada pilihan raya umum ke-13 ini, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Senarai nama calon itu diterima dari bahagian-bahagian parti secara berperingkat sehingga tarikh akhir penyerahan pada 2 April lepas, katanya.
Beliau berkata, semua bahagian Umno telah diminta mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi menamakan calon-calon yang dicadangkan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.