Selasa, 28 April 2015

ORANG GANU MEMANG HEBAT ????


JOHOR BAHRU – Seba­nyak lapan lagi pemilik kenderaan klon telah tampil menyerahkan kenderaan masing-masing kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas operasi besar-besaran dilaksanakan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
Sebelum ini, sebanyak 153 buah kenderaan klon dirampas di Terengganu dan 14 di Negeri Sembilan menjadikan jumlah ke­seluruhan disita kini menjadi 175 buah.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, antara jenis kenderaan mewah klon yang diserahkan itu adalah Lexus, BMW, Mercedes-Benz dan Honda Odyssey dari se­­kitar Lembah­ Klang dan Tereng­ganu.

“JPJ dan SPRM akan memperhebatkan lagi ope­rasi untuk mengesan kereta klon yang belum diserahkan. Justeru, kita menyeru orang ramai yang menye­dari bahawa kende­raan mereka adalah klon supaya menyerahkan kepada JPJ untuk mengelak dikenakan penalti yang tinggi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...