JOHOR BAHRU – Sebanyak lapan lagi pemilik kenderaan
klon telah tampil menyerahkan kenderaan masing-masing kepada Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas operasi besar-besaran dilaksanakan bersama
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
Sebelum ini, sebanyak 153 buah kenderaan klon dirampas
di Terengganu dan 14 di Negeri Sembilan menjadikan jumlah keseluruhan disita
kini menjadi 175 buah.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, antara jenis kenderaan mewah klon yang diserahkan itu adalah
Lexus, BMW, Mercedes-Benz dan Honda Odyssey dari sekitar Lembah Klang dan
Terengganu.
“JPJ dan SPRM akan memperhebatkan lagi operasi untuk
mengesan kereta klon yang belum diserahkan. Justeru, kita menyeru orang ramai
yang menyedari bahawa kenderaan mereka adalah klon supaya menyerahkan kepada
JPJ untuk mengelak dikenakan penalti yang tinggi.