KUALA LUMPUR 4 Sept. - Pakej Mampu Milik Jalur Lebar 1Malaysia pada harga serendah RM20 sebulan akan di perkenalkan di lima negeri bagi mengurangkan jurang digital di kalangan rakyat di negara ini.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, lima negeri tersebut adalah Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang.
Kita pilih negeri-negeri tersebut kerana kadar penembusan jalur lebar masih belum mencapai kadar penembusan jalur lebar kebangsaan iaitu 64 peratus.