Rhu Rendang 27/03/2013 - Seminar Gagasan 1Malaysia anjuran Wanita UMNO Rhu Rendang berlangsung di Dewan Perpustakaan Awam Daerah Marang, dengan kehadiran seramai 300 orang peserta. Peserta yang hadir adalah terdiri daripada Ketua Wanita UMNO Cawangan serta AJK.
Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YB Senator Toh Puan Hajjah Zaiton, selaku Ketua Wanita UMNO Bahagian Marang. Turut hadir Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Penceramah Undangan Tuan Haji Abdullah dari BTN Negeri Terengganu, Puan Hajjah Zaharah dan Tuan Haji Maliki Kassim.
Sebelum majlis perasmian berlangsung, para peserta telah didendangkan dengan penceramah jemputan berkait isu-isu semasa bagi menghadapi PRU yang ke 13.
