PAS didakwa menuduh
kerajaan Pulau Pinang membuat ugutan di samping cuba “membantutkan pembangunan Islam”
selepas amaran exco
agama, Datuk Abdul Malek Kassim untuk MENUTUP SEKOLAH TAHFIZ di
negeri itu yang tidak menepati piawaian.
“Hairannya, kerajaan
negeri tidak pula pantas untuk menutup premis judi, arak dan kilang haram di
negeri ini yang mendatangkan pelbagai kesan negatif. Bahkan dilihat pula
melindunginya,” kata Mohd Yusni Mat Piah.
“Di mana suara Malek
dalam perkara ini?” soal Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang itu lapor FMT.
Beliau berkata amaran
itu adalah bukti Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP dan PKR “tidak ada beza
dengan kerajaan Umno-BN yang tidak mesra Islam”.
