Khamis, 21 September 2017

KERAJAAN PULAU PINANG CUBA KEKANG PEMBANGUNAN ISLAM ???

PAS didakwa menuduh kerajaan Pulau Pinang membuat ugutan di samping cuba “membantutkan pembangunan Islam” selepas amaran exco agama, Datuk Abdul Malek Kassim untuk MENUTUP SEKOLAH TAHFIZ di negeri itu yang tidak menepati piawaian.
“Hairannya, kerajaan negeri tidak pula pantas untuk menutup premis judi, arak dan kilang haram di negeri ini yang mendatangkan pelbagai kesan negatif. Bahkan dilihat pula melindunginya,” kata Mohd Yusni Mat Piah.
“Di mana suara Malek dalam perkara ini?” soal Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang itu lapor FMT.
Beliau berkata amaran itu adalah bukti Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP dan PKR “tidak ada beza dengan kerajaan Umno-BN yang tidak mesra Islam”.

Sebelum ini, Malek menyelar sekolah agama yang tidak mengambil berat aspek keselamatan para pelajar, memberi amaran pihak berkuasa akan menarik balik kelulusan dan menutup sekolah yang gagal memastikan piawaian keselamatan pelajar.
 “Tindakan yang lebih tegas ini, demi kepentingan keselamatan pelajar dan menjaga nama baik institusi pendidikan Islam yang sangat mementingkan aspek keselamatan,” kata Malek.
Yusni menyifatkan amaran itu “sangat naif, dangkal dan tidak bertamadun”, sambil berkata ia membuktikan “permusuhan terhadap perkara berkaitan Islam” oleh kerajaan negeri yang diketuai DAP.
Yusni turut mendakwa amaran Malek tidak menyelesaikan masalah tetapi menjurus kepada cubaan menghapuskan institusi tahfiz.
“Beliau sepatutnya matang dan bijak menangani kekurangan entiti yang sedia wujud dan mendatangkan manfaat besar kepada awam seperti menyalurkan dana kerana kebanyakan maahad tahfiz di Pulau Pinang bergerak secara persendirian,” katanya.
“Sikap pilih kasih kerajaan negeri itu jelas menunjukan sikap hipokrasi dan bermuka-muka terhadap sekolah agama rakyat dan maahad tahfiz,” katanya.

Sumber: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...