Memaparkan catatan dengan label Pulau Kapas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pulau Kapas. Papar semua catatan

Jumaat, 20 September 2013

PENCEROBOHAN PUKAT TUNDA DIPERAIRAN PULAU KAPAS SUDAH KETERLALUAN


Kerakusan serta pencerobohan yang sudah keterlaluan oleh bot-bot Pukat Tunda Kuantan di perairan Pulau Kapas, Marang sudah sampai ke tahap yang membimbangkan.


Diumpamakan tiada badan penguatkuasa yang memantau kegiatan mereka yang sanggup menjalankan kegiatan pemukatan haramnya dikawasan perairan Pulau Kapas dengan memusnahkan unjang-unjang serta bubu nelayan pantai dengan kerugian ribuan ringgit. KLIK


Badan Penguatkuasaan MARITIM perlu mengambil tindakan yang lebih tegas serta memantau pergerakan mereka, agar tindakan yang lebih tegas dapat diambil, sebelum perkara-perkara yang tidak diingini berlaku sepertimana yang berlaku di Kuantan baru-baru ini. KLIK UTK RUJUKAN

Isnin, 24 September 2012

Rhu Rendang Tetap Dapat Perhatian Kerajaan Negeri Walau Dikuasai Pembangkang


MARANG, 23 Sept (Bernama) -- Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang yang terletak dalam Parlimen Marang adalah antara destinasi tumpuan pelancong yang terkenal di Terengganu.
Jika berkunjung ke kawasan ini, pelancong pasti tidak lupa untuk singgah ke Kelulut untuk mencari keropok lekor yang dijual di puluhan gerai yang terletak di tepi pantai dengan berlatar belakangkan keindahan panorama Pulau Kapas.

Bagi penggemar air nira yang juga dipanggil air tuak oleh penduduk setempat, jalan raya sepanjang Pantai Kelulut juga adalah persinggahan wajib untuk melepaskan dahaga, sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu mahupun Kuantan.

Rabu, 11 Julai 2012

Had kedatangan pelancong ke pulau


Kerajaan negeri akan mengehadkan kedatangan pelancong dan muatan barangan ke beberapa pulau peranginan tersohor di Terengganu dalam usaha memulihara alam semula jadi demi manfaat generasi akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Dato’ Abdul Rahin Mohd Said berkata, pihaknya akan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk meneliti beberapa aspek keperluannya sebelum ia boleh dilaksanakan.

Katanya, jawatankuasa itu akan mengkaji kemungkinan mengehadkan barangan mengikut jumlah jam pengunjung berada di pulau-pulau berkenaan bagi menikmati alam semula jadi.


“Pendekatan kita pada peringkat awal ini adalah untuk memikirkan berapa jam dibenarkan berada di pulau dengan bermalam di tanah besar.

“Mungkin kita akan menyediakan pakej tiga hari satu malam iaitu dua hari di tanah besar dan satu hari di pulau,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Tahunan Antarabangsa Universiti Malaysia Terengganu (UMTAS) di Kuala Terengganu, semalam.

Lebih 300 pelajar dan ahli akademik termasuk 35 orang dari lapan negara seperti Indonesia, Sri Lanka, Filipina, Vietnam, Libya, Iran, Pakistan, India dan Perancis menyertai simposium tiga hari dan berakhir esok (11Julai) itu.

Jumaat, 29 Jun 2012

Peruntukan lebih RM3 juta naik taraf enam lokasi tumpuan pelancong termasuk daerah Marang


Kerajaan negeri memperuntukkan lebih RM3 juta bagi menjalankan projek menaik taraf dan penyelenggaraan enam lokasi tumpuan pelancong di seluruh Terengganu sepanjang tahun ini.

Kapas Island
Projek berkenaan melibatkan Lata Berani, Pulau Perhentian Kecil dan Air Terjun Lata Belatan (Besut), penyelenggaraan projek pelancongan daerah Marang, projek Taman Laut Terengganu dan membaik pulih kemudahan kawasan pelancongan Rantau Abang, Dungun.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato’ Abdul Rahin Mohd Said, berkata kerja menaik taraf Lata Berani, Pulau Perhentian Kecil melibatkan dua unit gazebo, satu kolam tadahan air serta laluan pejalan kaki dengan kos RM200,000.

“Kerja menaik taraf Air Terjun Lata Belatan, Jabi pula memerlukan kerja membaik pulih pagar, wakaf, membaiki jalan masuk dan membaik pulih tandas yang melibatkan peruntukan RM230,000.

“Kedua-dua projek menaik taraf ini dilaksanakan oleh Pejabat Daerah Besut dan dijangka akan selesai sedikit masa lagi,” katanya.

Isnin, 28 Mei 2012

Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) anjur Program Mencandat Sotong

 
Aktiviti mencandat sotong yang dulu menjadi punca rezeki nelayan kini melalui transformasi hingga mendapat perhatian ramai apabila diberi nilai tambah sebagai pakej pelancongan baru di Terengganu, sekali gus menjana ekonomi setempat.

Aktiviti mencandat sotong yang menjadi warisan sejak zaman-berzaman kini diiktiraf ikon pelancongan yang hanya ada di negeri ini.

Menyedari hakikat itu, kerajaan negeri dengan kerjasama Unit Komunikasi Negeri (UKOM) menganjurkan Program Mencandat Sotong, Pemimpin Bersama Media 2012 di persekitaran Pulau Kapas, Kuala Terengganu, selama dua hari satu malam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...