Memaparkan catatan dengan label Isu MB Terengganu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu MB Terengganu. Papar semua catatan

Rabu, 25 Mei 2016

'Semuanya sudah selesai, saya nak buat kerja'

KUALA NERUS: "Semuanya sudah selesai, semua dah berakhir. Saya nak buat kerja dan saya akan bergerak ke hadapan," kata Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah portal berita yang memetik ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bertegas meminta semua kepemimpinan Umno dan ketua jabatan menghentikan spekulasi siapa pengganti Menteri Besar Terengganu. 

Ahmad Razif berkata, sebagai Perdana Menteri dan presiden Umno, Najib sudah dengan jelas memberi pengiktirafan kepadanya sebagai Menteri Besar dan yakin kemelut di Terengganu sudah berakhir

Ahad, 1 Mei 2016

PM Beri Kepercayaan Untuk Saya Terus Tadbir Terengganu - 'Tahniah Ahmad Razif

MAT NELANG MEROYAN ???

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman melahirkan kesyukuran di atas berakhirnya kemelut yang melanda negeri itu sejak dua minggu lalu itu.

Beliau dalam pada itu turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak di atas komitmen dalam menyelesaikan kemelut berkenaan, seterusnya memberi kepercayaan kepada beliau untuk terus mentadbir Terengganu.

"Syukur ... saya yakin apa yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya.

"Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi kepercayaan terhadap saya serta komitmen yang diberikan oleh beliau dalam menyelesaikan isu yang melanda negeri ini sejak minggu lalu.

Selasa, 26 April 2016

Najib akan menghadap Sultan Terengganu selesai isu MB

Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dalam masa terdekat berhubung perkembangan terkini di negeri itu.

Sehubungan itu Perdana Menteri berharap semua pihak tidak membuat spekulasi berhuhung kedudukan Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman.

"Selepas majlis menghadap itu saya akan keluarkan kenyataan. Saya berharap kita tidak membuat spekulasi yang bukan-bukan.

"Kerajaan Terengganu akan berjalan seperti biasa. Apa-apa perkembangannya akan saya maklumkan kemudian," katanya yang dipetik mStar Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi mengenai penarikan balik darjah kebesaran termasuk 'Datuk Seri' oleh pihak istana kepada Ahmad Razif.

Isnin, 25 April 2016

Terengganu Berhadapan Pilihan Raya Negeri (PRN) Selepas #PRN Sarawak


KUALA LUMPUR – Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menggesa semua pihak supaya bertenang berikutan persoalan terhadap kemungkinan hubungan tegang di antara istana dan Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi mengenai keputusan Sultan Mizan Zainal Abidin yang dilaporkan telah menarik kembali semua gelaran rasmi yang diberikan kepada Razif.

“Saya minta semua bertenang. Kita belum tau apa perkembangan sebenarnya (Di Terengganu).

“Tetapi selaku mantan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, ini bukan satu perkara yang tak pernah kita lalui. Yang penting sekarang adalah untuk pastikan apa dia perkara yang boleh pecah-belahkan kita, kita kurangkan,” kata menteri pertahanan itu selepas pelancaran Program Khidmat Negara 2.0 di KLCC Kuala Lumpur.

Khamis, 7 April 2016

"Tidak Ada Masa Nak Layan, Tumpu Kebajikan Rakyat"

KUALA TERENGGANU - "Kita tidak ada masa nak layan itu semua, apa dia nak kata, katalah ... yang penting sekarang kita mahu terus  maju ke hadapan dan jaga kebajikan rakyat".

Demikian ditegaskan Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman ketika diminta mengulas kenyataan Adun Kijal Datuk Seri Ahmad Said di Kemaman minggu lepas yang mendakwa kini Ahmad Razif sedang menghitung hari untuk diturunkan daripada jawatan menteri besar.

Katanya berkata beliau tidak akan mengambil peduli mengenai apa yang diperkatakan oleh bekas menteri besar itu kerana menganggap isu berkenaan telah berakhir dan akan memberi perhatian untuk memajukan Terengganu demi kesejahteraan rakyat.

Isnin, 4 April 2016

Masa depan politik Mat Nelang akan berakhir

Adun Kijal, Mat Nelang mendakwa Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman kini sedang menghitung hari untuk diturunkan daripada jawatan Menteri Besar dan mesej ini ditujukan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sebaik sahaja Tuanku pulang dari luar negara untuk meminta (perkenan) pertukaran menteri besar itu.

Menurut Mat Nelang jangan sampai Tuanku isytihar bubar DUN dan jika itu berlaku BN akan tewas pada PRN kali ini.

Dengan nada bersungguh sungguh Mat Nelang mengingatkan Perdana Menteri jangan main main dan dia akan dedahkan perkara besar berhubung MB Terengganu dan menurut Mat Nelang ini akan merugikan rakyat Terengganu sendiri sekiranya PRN diadakan.

Hakikatnya Mat Nelang cukup risau waktu ini. Jika MB Terengganu dengan restu PM memutuskan untuk mengadakan PRN bagi negeri Terenganu. Sudah pastinya Mat Nelang akan tersingkir dari menjadi calon BN dan pastinya akan dipecat dari parti UMNO.

Khamis, 24 Mac 2016

MB nafi beri peringatan kepada pemimpin Umno

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menafikan telah memberi peringatan kepada pemimpin Umno di Terengganu menerusi laman sosial Facebook.

Beliau yang dihubungi Bernama hari ini berkata kenyataan tersebut adalah palsu dan ada pihak tidak bertanggungjawab telah menggunakan nama serta gambar beliau.

Ahmad Razif berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia mampu mencetus pelbagai andaian apatah lagi dalam keadaan Terengganu yang sedang mengalami kemelut politik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...