
Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) akan membuat penambahbaikan Kelas Jahitan Komuniti di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) dengan menukar mesin-mesin jahitan lama kepada berkelajuan tinggi tahun ini.
Pengarahnya, Encik Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata, terdapat 32 Kelas Jahitan Komuniti dan tujuh Kelas Akademi Jahitan di wujudkan setiap parlimen sejak 1994 serta masihmendapat sambutan sehingga kini.
“Paling lewat pada Mac depan, kita akan menyediakan 10 buah mesin jahit ‘high speed’ di 32 Dun dengan peruntukan berjumlah RM640,000 atau RM20 ribu untuk setiap Dun,” katanya di Majlis Graduasi Pelatih Jahitan dan Penutup Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak di Dewan Utama, YPKT baru-baru ini..