Memaparkan catatan dengan label Rasuah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rasuah. Papar semua catatan

Isnin, 8 Januari 2024

KEBOBROKAN ADMIN TIK TOK - SEKAT KEBEBASAN

 

Sebelum daripada ini tiada sebarang pelanggaran, namun sejak akhir-akhir ini, terlalu banyak sangat pelanggaran yang dinyatakan oleh admin Tik Tok.  Kita pun tiada makan HASIL LENDIR daripada Tik Tok pun....

Tapi jika perkataan seperti contoh:  "PUKIMAK, PANTAT, JUBOR" ditulis mungkin jugak la....

Isnin, 13 November 2023

Selasa, 13 November 2018

KP SPRM KENA CERMIN DIRI DAN BARU BOLEH TUKAR KERAKYATAAN


KP SPRM MALU DENGAN BAYANG-BAYANG SENDIRI.

PUTRAJAYA - Pelbagai skandal kleptokrasi yang melanda negara menyebabkan indeks persepsi rasuah (CPI) yang menunjukkan tren penurunan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull berkata, pada 2014 CPI negara mencatatkan 52 markah sahaja dan turun sehingga 47 tahun lalu.

“Adakah indeks ini makin baik atau makin buruk, ini adalah fakta," katanya.

Menurutnya, Malaysia terkenal di mata dunia sebagai negara kleptokrasi, bukan negara integriti.

"Ini memang memalukan.

"Malah ketika saya pergi ke luar negara pada 2016, ada orang luar tengak saya rupa Asia dan bertanya saya dari negara mana, saya malu nak sebut Malaysia (kerana pandangan mereka terhadap negara kita), saya cakap saya orang Indonesia,” katanya ketika berucap sebagai panel dalam Forum Permuafakatan SPRM-KPM 2018 di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya di sini hari ini.

Jumaat, 4 Mei 2018

#PRU14: GELOMBANG HIJAU BERLAKU DI TERENGGANU


KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu mendakwa GELOMBANG HIJAU SEMAKIN BESAR sedang berlaku di lapan kawasan Parlimen dan 32 Dewan Undangan Negeri (Dun) di negeri ini.

Pesuruhjayanya, Dato' Husain Awang berkata, paling jelas berlaku penerimaan di kalangan anak-anak muda memberi sokongan dan paling kuat bekerja di semua tempat yang ditugaskan.

"Hingga setakat ini, jentera pilihan raya kami (PAS) bekerja dengan baik dan digerakkan sepenuhnya dan tidak menghadapi sebarang masalah.

"Dengan tinggal berbaki lima hari berkempen lagi sebelum hari mengundi 9 Mei, kami (PAS) yakin dapat pertahankan kerusi yang telah kami menangi di empat Parlimen dan 15 Dun pada PRU13 lalu.

"Kami (PAS) yakin dapat menawan beberapa kerusi lagi bagi membolehkan kami menubuhkan kerajaan baharu selepas PRU14, di negeri Terengganu Darul Iman, InsyaAllah," tegasnya dalam satu sidang media sempena PRU14 di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Jalan Sultan Omar, di sini hari ini.

Menurutnya, pada kedudukan ini PAS Terengganu optimis akan dapat menguasai tidak kurang dari 20 kerusi Dun pada pilihan raya nanti.

Namun, kata mantan Speaker Dun Terengganu itu, PAS tidak meletakkan kedudukannya yang selesa dan selamat bagi menghadapi parti lawan Umno-Barisan Nasional (BN) dan PKR-Pakatan Harapan (PH).

"Pihak lawan kami dari Umno-BN dan PKR-PH sudah tentu tidak akan memberi laluan mudah kepada kami untuk menang. 

"Sebagaimana pengalaman dalam PRU13 lalu, Umno-BN khususnya menggunakan jentera kerajaan dan sogokan wang yang berleluasa untuk memancing undi," jelasnya.

Sehubungan itu, kata Dato' Husain terdapat tiga eleman utama kecenderungan rakyat mahu membuat perubahan bagi memilih PAS kali ini.

"Pertama, parti dan calon (PAS) yang lebih bertanggungjawab untuk memartabatkan Islam dalam kehidupan bernegara.

"KEDUA, PARTI DAN CALON YANG BERSIH, JUJUR DAN BERINTEGRITI, TIDAK TERLIBAT DALAM RASUAH, TIDAK MENGAUT KEKAYAAN UNTUK DIRI, KELUARGA DAN KRONI SERTA ADA TRACK RECORD CEKAP DALAM URUSAN PEMERINTAHAN.

"Ketiga, memilih tawaran manifesto yang lebih baik, bersifat jangka panjang dan lebih menjaga kebajikan mereka (rakyat)," ujarnya.

Hadir sama pada sidang media itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS III Terengganu, Yahaya Ali dan Bendahari PAS Terengganu, Shukrimun M.Shamsuddin. -HARAKAHDAILY 3/5/2018.

Khamis, 14 September 2017

TIGA PENGURUS KILANG PAPAN, PEMANDU DIREMAN

KUALA TERENGGANU - Tiga pengurus kilang papan dan seorang pemandu direman selama lima hari sehingga 16 September ini, bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah kepada penguat kuasa Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) pada Mei hingga Ogos lalu.

Keempat-empat suspek itu ditahan dalam Ops Timba dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kelmarin selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti pembalakan haram di sekitar negeri ini.

Perintah reman terhadap keempat-empat suspek itu dikeluarkan semalam oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret, Noradila Ab Latiff bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dijalankan.


Sebelum itu, kesemua suspek tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu kira-kira jam 9.30 pagi semalam, sambil diiringi pegawai SPRM.

Khamis, 3 Ogos 2017

PEMIMPIN BERSATU PUN KAKI SAPU ???

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan bahawa bekas pembantu pengerusi Felda yang ditahan berkaitan dengan siasatan rasuah adalah pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Mahathir, yang juga pengerusi BERSATU, berkata parti itu akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melindungi kepentingan individu berkenaan.
Bekas Perdana Menteri itu juga percaya bahawa individu tersebut tidak terlibat dalam sebarang amalan rasuah.
“Kita akan ambil tindakan untuk jaga kepentingan dia kerana kita tak percaya dia terlibat.
“Dia bersama dengan bekas pengerusi itu sekian lama tapi dia berhenti sebab tidak puas hati,” katanya kepada pemberita di luar Istana Negara di Kuala Lumpur petang tadi.
Semalam, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad mendedahkan bahawa bekas pembantu itu ditangkap berhubung pembelian sebuah hotel mewah oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak.
Walaupun Dzulkifli tidak menyebut sebarang nama, adalah dipercayai bahawa orang yang ditangkap itu adalah bekas pembantu kepada Tan Isa Abdul Samad, yang meletakkan jawatan sebagai pengerusi Felda pada 19 Jun lalu.
SPRM telah memperoleh perintah reman selama lima hari terhadap suspek untuk siasatan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Jumaat, 15 Julai 2016

Jabatan Imigresen.Memberi Ruang Pengganas Keluar/Masuk

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempersoalkan sama ada insiden berunsur pengganas seperti yang berlaku di sebuah kelab hiburan di Puchong, Selangor baru-baru ini disebabkan oleh gejala rasuah dalam kalangan pegawai dan anggota Jabatan Imigresen.

Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar menimbulkan persoalan itu dengan membangkitkan Laporan Ketua Audit Negara 2015 siri pertama yang melaporkan terdapat kelemahan dalam pelaksanaan Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs).

“MyIMMs iaitu sistem membantu pihak berkuasa mengawal mereka yang keluar dan masuk negara. Adakah kelompongan sistem ini yang akhirnya menyebabkan isu keselamatan negara terus membarah?

Ahad, 15 Mei 2016

#Banjir KL: Agensi/Perseorang Terlibat Kecut Telur !!!!!!

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menyiasat kemungkinan wujud unsur rasuah dalam pembangunan projek-projek di ibu negara, khususnya yang membabitkan projek mega, sehingga menyebabkan kejadian banjir kilat baru-baru ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata pihak berkuasa yang berwajib akan diminta menjalankan siasatan itu dan menyediakan laporan lengkap mengenainya bagi membolehkan tindakan susulan diambil.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai Bencana Alam berkata pihak yang saling menuding jari dalam permasalahan itu juga akan diminta duduk bersama bagi mencari jalan terbaik untuk menangani isu berkenaan.

Ahad, 10 Januari 2016

Kejadian Banjir Lumpur Di KM52.4 Lebuhraya Berpunca Daripada Pembalakan Haram Sehingga Kini

Adakah MB Pahang masih melindungi penerokaan haram ini ??? atau perlu meletakan jawatan ??

BENTONG - Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) mendakwa pembalakan yang menjadi punca utama kejadian banjir lumpur di KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada 11 Nov tahun lepas, sehingga kini masih giat dilakukan di Hutan Simpan Kekal Lentang.

Presidennya, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, walaupun sebelum ini pelbagai pihak menafikan keadaan itu, Peka mempunyai bukti jelas menunjukkan kegiatan penerokaan hutan tersebut semakin serius.

Bagi membuktikan perkara itu, Peka bersama beberapa agensi media termasuk Bernama, meninjau kawasan terlibat dan hasilnya amat mengejutkan apabila tanda-tanda penerokaan di hutan itu masih terus berlaku.

Sabtu, 25 Julai 2015

PENYELEWENGAN SEPERTI INI BANYAK BERLAKU DAN PERLU DIBENTERAS

Pegawai kanan Kementerian Kesihatan nafi beri projek kepada syarikat anak.

KUALA LUMPUR 24 Julai – Pengarah Bahagian Kejururawatan Kementerian Kesihatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menyalahgunakan kuasa dengan memberi dua projek di bawah jabatannya berjumlah RM14,300 kepada syarikat milik anaknya sendiri.

S. Tselvin, 58, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan tersebut dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Hakim Mohd. Nasir Nordin.

Wanita itu didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan apabila memilih syarikat Fort Mark Sdn.Bhd. milik anaknya, R. Pravin bagi kerja-kerja penambahbaikan Portal Nursing di Bahagian Kejururawatan Kementerian Kesihatan, Putrajaya antara 13 dan 15 Oktober tahun lalu.

Jumaat, 12 Disember 2014

PRESIDEN CUEPACS DAH HILANG AKAL ???

Tukar dalam tempoh lima tahun tidak praktikal
 
KUALA LUMPUR 11 Dis. – Cadangan menempatkan anggota agensi penguat kuasa tidak melebihi lima tahun di satu-satu kawasan dilihat tidak praktikal dalam menangani gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, langkah tersebut hanya akan membebankan pegawai dan anggota penguat kuasa kerana mereka terpaksa berhadapan pelbagai masalah lain seperti tempat tinggal, logistik dan sebagainya.
Rasuah bukan berpunca daripada jabatan atau agensi penguat kuasa tetapi lebih menjurus kepada integriti seseorang pegawai atau anggota itu.

Jumaat, 12 September 2014

Memburu anggota APMM yang didapati menerima rasuah daripada nelayan asing


Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan mempertingkat penguatkuasaan di kawasan perairan negara dengan pemantauan dan rondaan 24 jam sehari (Klik) bagi mengekang kegiatan pencerobohan nelayan asing daripada terus berleluasa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata menerusi pendekatan itu, kapal atau bot APMM akan melakukan pertukaran tugas di lautan agar kawasan di bawah pemantauan APMM sentiasa terkawal daripada sebarang pencerobohan.
"Sebelum ini bot akan pulang ke pangkalan untuk melakukan pertukaran tugas dan ia mengambil masa yang lama untuk bot seterusnya kembali ke laut.

Sabtu, 30 Ogos 2014

Kenapa Malaysia masih perlu mengimport 400,000 tan ikan tahun lalu ?


PUTRAJAYA: Lebih 35,000 nelayan asing bekerja menangkap ikan di negara ini ketika ini dan jumlahnya semakin meningkat berikutan permintaan ke atas sumber protein itu yang bertambah saban tahun.

Lambakan tenaga kerja asing dalam industri perikanan negara dikhuatiri menyebabkan isu keselamatan di sempadan seperti penyeludupan bekalan ikan, diesel bersubsidi dan penagihan dadah di tengah laut semakin sukar ditangani. Ia tidak termasuk masalah sosiologi ke atas penduduk tempatan.

Selasa, 13 November 2012

Kerajaan Komited Dalam Usaha Memerangi Gejala Rasuah



KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyatakan kerajaan komited dalam usaha memerangi gejala rasuah dan ianya terus kekal menjadi keutamaan kerajaan dengan meletakkannya sebagai satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).
 
Katanya, pelbagai pendekatan yang diambil dalam membanteras gejala rasuah menunjukkan keseriusan kerajaan, termasuk transformasi aspek rangka kerja sehingga penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 
"Kita selalu mendengar apabila orang bercakap mengenai rasuah, perkara pertama yang berada dalam fikiran adalah penyalahgunaan kuasa dalam kalangan penjawat kerajaan dan ahli-ahli politik dan kita perlu berhenti melihat perbuatan itu hanya kepada penjawat awam dan ahli-ahli politik.
 

Isnin, 3 September 2012

UMNO tolak pemimpin kejar jawatan, isi poket sendiri: Najib


Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan semua ahli UMNO supaya membela nilai dan prinsip perjuangan selaku tunjang yang bakal menentukan kelangsung parti. 

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO berkata, parti itu tidak mempunyai tempat bagi pemimpin yang berjuang untuk "mengisi perut dan poket sendiri atau mengejar jawatan. 

"Kalau ada pemimpin seperti ini, sila tinggalkan UMNO," katanya berucap merasminkan Mesyuarat Perwakilan UMNO Zon Lima merangkumi Libaran, Kinabatangan, Sandakan, Batu Sapi dan Beluran di sini, sebentar tadi. 

Rabu, 11 Julai 2012

Pembantu Penyelia DUN Ajil Didakwa Buat Tuntutan Palsu RM1 Juta


Seorang Pembantu Penyelia Agensi Pembangunan Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, Hulu Terengganu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu, semalam atas dua pertuduhan membuat tuntutan palsu RM1 juta, empat tahun lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, Md Sayuti Daud, 52, didakwa memberi dokumen mengandungi senarai nama penerima Dana Kebajikan LRTSB dengan jumlah 500 orang iaitu sebanyak RM2,000 untuk setiap seorang, yang keseluruhannya berjumlah RM1 juta kepada seorang ejen iaitu Che Nor Aidah Aman, Pengurus Pentadbiran dan Kewangan LRTSB di Pejabat Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd (LRTSB) yang beralamat di No. 1797, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai, di Kuala Terengganu, antara Feb hingga Mei 2008.

Tertuduh bagaimanapun mengetahui dokumen itu mempunyai butiran palsu mengenai senarai nama penerima, iaitu seramai 30 orang penama didapati meninggal dunia dan 40 penama lagi tidak wujud.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...