Memaparkan catatan dengan label ASNB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ASNB. Papar semua catatan

Selasa, 12 Februari 2013

Pelancaran Tabung Simpanan Masa Depan Warga JKKK Seberang Marang Pantai

Rhu Rendang 11/02/2013 - Pelancaran Tabung Skim Pelaburan ASNB bagi warga JKKK Seberang Marang Pantai berlangsung di Balai Raya pada hari ini 11/02/2012 bermula jam 3.00 petang.

Pelancaran telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku dengan memberikan semangat kepada penduduk setempat agar terus menabung didalam ASNB demi masa depan anak-anak dan juga diri sendiri.

Selasa, 28 Ogos 2012

ASNB Umum Dividen 6.6 Sen Bagi ASW 2020


Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada Isnin mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.6 sen seunit bagi dana Amanah Saham Wawasan 2020 dalam tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2012.

Ini akan melibatkan pembayaran berjumlah RM981.89 million, peningkatan sembilan peratus daripada jumlah RM900.72 juta pada tahun lepas.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata dividen itu merupakan peningkatan 0.1 sen seunit daripada 6.5 sen seunit tahun lepas.

Meskipun ASNB mempunyai keupayaan untuk mengagihkan sehingga 8.6 sen bagi tahun kewangan ini, namun ia membawa kehadapan dua sen seunit bagi tahun kewangan akan datang untuk membantu pengagihan pendapatan di masa depan.

Ahad, 1 Julai 2012

JKKK Kg Alur Tuman rancang masa depan anak-anak



Kira 400 orang telah hadir di Program Ramah Mesra bersama pemimpin di depan Pusat Khidmat Masyarakat JKKK Kampung Alur Tuman, kelmarin.

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Alur Tuman telah membelanjakan RM1220 untuk 120 orang kanak-kanak di Kampung Alur Tuman dan dalam proses membuka akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).


Program tersebut telah dihadiri oleh Tuan Haji Nik Dir Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan Dun Rhu Rendang, Penghulu Mukim Pulau Kerengga serta pemimpin-pemimpin sekitarnya.

Haji Nik Dir berkata, program ramah mesra yang dianjurkan oleh JKKK Kampung Alur Tuman ini amat baik untuk mengeratkan silaturahim antara masyarakat dengan pemimpin supaya setiap permasalahan dapat diselesaikan dengan segera.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...