Kira 400 orang telah hadir di Program Ramah Mesra bersama pemimpin di depan Pusat Khidmat Masyarakat JKKK Kampung Alur Tuman, kelmarin.
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Alur Tuman telah membelanjakan RM1220 untuk 120 orang kanak-kanak di Kampung Alur Tuman dan dalam proses membuka akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
Program tersebut telah dihadiri oleh Tuan Haji Nik Dir Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan Dun Rhu Rendang, Penghulu Mukim Pulau Kerengga serta pemimpin-pemimpin sekitarnya.
Haji Nik Dir berkata, program ramah mesra yang dianjurkan oleh JKKK Kampung Alur Tuman ini amat baik untuk mengeratkan silaturahim antara masyarakat dengan pemimpin supaya setiap permasalahan dapat diselesaikan dengan segera.
Pengerusi JKKK Kampung Alur Tuman, Khasperi Muda, mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Menteri Besar Terengganu, Pegawai Daerah Marang dan Pegawai Pembangunan Dun Rhu Rendang kerana telah meluluskan permohonan daripada masyarakat di Kampung Alur Tuman untuk menubuhkan JKKK.
Beliau berjanji akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin dan memulakan langkah awal dengan mengadakan pertemuan bersama semua lapisan masyarakat serta merancang masa depan anak-anak yang berusia enam bulan keatas dengan membuka akaun ASNB yang ditanggung sepenuhnya oleh JKKK Kampung Alur Tuman.
Puan Azlina Muhamad, Eksekutif Kanan Pejabat ASNB Kuala Terengganu berkata, program itu sangat baik bagi menjaga masa depan anak-anak dan berharap ia dicontohi JKKK kawasan lain.
Sumber:teganukita