KUALA TERENGGANU - "Kita
tidak ada masa nak layan itu semua, apa dia nak kata, katalah ... yang penting sekarang kita mahu terus maju
ke hadapan dan jaga kebajikan rakyat".
Demikian
ditegaskan Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman ketika diminta mengulas
kenyataan Adun Kijal Datuk Seri Ahmad Said di Kemaman minggu lepas yang
mendakwa kini Ahmad Razif sedang menghitung hari untuk diturunkan daripada
jawatan menteri besar.
Katanya berkata
beliau tidak akan mengambil peduli
mengenai apa yang diperkatakan oleh bekas
menteri besar itu kerana menganggap isu berkenaan telah berakhir dan akan memberi perhatian untuk memajukan
Terengganu demi kesejahteraan rakyat.
