'Kami terima hasrat PasMa'
AMPANG - "Kita jangan sombong dan perlu tawaduk. Jika ALLAH SWT
ampunkan hambanya, siapa kita untuk tolak mereka yang telah insaf." Demikian reaksi Menteri Besar
yang juga Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berhubung pendirian Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) mengumumkan akan menyokong Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Azmin
berkata, PKR sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak untuk menjalinkan
kerjasama asalkan mereka menyokong semangat reformasi dan mahu merubah sistem
kenegaraan dengan cara demokrasi yang sihat.





