Selasa, 7 Oktober 2014

ANWAR TERUS HINA PAS ? ?


AIDCNews – 6/10/14 – Satu cabaran paling berani dikemukakan Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA, PAS perlu keluar daripada Pakatan Rakyat sekiranya ia terus mewujudkan konflik dalaman sesama parti berkenaan.

Cabaran itu dikemukakan dalam memorandum 3 halaman yang dikemukakan kepada Ibu Pejabat PAS Kuala Lumpur, 30 September.

Telah didedahkan sebelum ini, perkaitan LENSA, SMM, PASMA dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selanjutnya, sila baca,”Ulama Mula Beri Perhatian Penetrasi Anwar Terhadap Kader-Kader PAS.”

Facebook ‘Kami Semua Fadil‘ berkata perdebatan Ustaz Fadil dengan Pengarah Eksekutif LENSA, Safwan Anang telah membuka satu rahsia tentang tangan ghaib’ (Klik) di belakang NGO itu.

“Pengorbanan besar Us Fadil ialah mempertaruhkan nama baik dan reputasinya di Shah Alam untuk mempertahankan PAS dari serangan konspirasi yang melibatkan LENSA, PASMA dan tangan tangan ghaib di belakang mereka.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...