Selasa, 14 Oktober 2014

PENJARA SUNGAI BULUH MENANTI KETIBAAN TETAMU ISTIMEWA ???

Muktamad, mahkamah putuskan Shafee Abdullah ketuai pendakwaan kes liwat Anwar

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyingkirkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai timbalan pendakwaraya kes liwat beliau.

Ketua Hakim Tun Arifin Zakaria berkata, Anwar sepatutnya memfailkan semakan kehakiman terhadap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang melantik Shafee sebagai timbalan pendakwaraya bagi kesnya.

Beliau berkata alasan yang diberikan peguam Anwar, Tommy Thomas adalah Shafee tidak mempunyai merit.


"Shafee layak dan sesuai untuk dilantik sebagai timbalan pendakwaraya," kata Arifin dan menambah kehadiran peguam itu tidak akan menjejaskan integriti rayuan Anwar di hadapan mahkamah tertinggi negara akhir bulan ini.

Arifin berkata kegagalan mengarahkan tindakan itu terhadap peguam negara sahaja sudah cukup sebagai alasan membuatkan rayuan itu ditolak.

Hakim itu mengatakan tidak ada konflik kepentingan di pihak Shafee hanya kerana peguam itu mendapati Jude Blacious Pereira, pegawai penyiasat dalam kes liwat itu, sebagai seorang saksi yang tidak boleh dipercayai dalam satu inkuiri.

Shafee pada 2009 mempengerusikan sebuah panel tiga anggota dalam inkuiri Suhakam yang mendapati Pereira merupakan seorang saksi yang tidak benar dalam satu kes lain.

"Kedudukan Shafee tidak terjejas dan alasan ini tidak mencukupi untuk membatalkan kelayakannya," katanya.

Arifin berkata denda RM5,000 yang dikenakan Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam terhadap Shafee tidak menyebabkan beliau tidak layak muncul di mahkamah.
  
"Oleh itu, kita tiada sebab untuk campur tangan dalam keputusan peguam negara menggunakan budi bicaranya melantik Shafee sebagai Timbalan Pendakwa Raya," katanya. 

Arifin berkata denda RM5,000 yang dikenakan Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam terhadap Shafee tidak menyebabkan beliau tidak layak muncul di mahkamah.
  
"Oleh itu, kita tiada sebab untuk campur tangan dalam keputusan peguam negara menggunakan budi bicaranya melantik Shafee sebagai Timbalan Pendakwa Raya," katanya.

Shafee kemudian memberitahu pemberita mahkamah tertinggi itu bertindak tepat apabila Arifin berkata bantahan sebenar sepatutnya dibuat terhadap budi bicara peguam negara, bukan dengan mempertikai kelayakan beliau. – 14 Oktober, 2014. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...