Rabu, 8 Oktober 2014

PAS pintar menggunakan Islam dan bahasa Arab untuk kepentingan diri ?

Dr Mahathir berkata, PAS pintar menggunakan Islam dan bahasa Arab untuk kepentingan mereka, serta menuduh apa yang dilakukan Umno sebagai haram.
"Saya tidak dapat mengenal pasti dari mana datangnya 'tahaluf siyasi' ini dan bila orang Islam dihalalkan apabila melakukannya," kata Dr Mahathir dalam tulisan di blognya www.chedet.cc hari ini.
Dr Mahathir berkata, PAS bijak menggunakan istilah Arab untuk menghalalkan mereka berpeluk dengan orang kafir yang memusuhi Islam (Klik) dan mengambil langkah bermusuhan dengan Umno.
"Dan di masa yang sama permusuhan dengan orang Umno diteruskan kerana kerjasama Umno dengan orang bukan Islam yang tidak bermusuh dengan Islam tidak diberi nama Arab iaitu 'tahaluf siyasi'," katanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...