Ahad, 26 Oktober 2014

HUBUNGAN PAS & DAP TERUS RENGGANG ?


Ramai pemerhati politik sok sek gosip sesama sendiri... 'angin apa yang pukul' PAS sehingga beberapa pemimpinnya dua tiga hari ini minta sekutunya DAP hormat pendirian mereka.
Macam pepatah jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah.
Apa yang DAP tidak hormat pada PAS sehingga dua pemimpin level tinggi macam Naib Presiden PAS Salahuddin Ayab dan Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar terpaksa bersuara.

Jika lihat pada latar belakang, kedua-duanya bukan kumpulan ulama yang memang diketahui umum tidak suka dengan DAP (Sumber).
Salahuddin dan Mahfuz kumpulan profesional yang rapat dengan ulama. Jadi apa sebabnya mereka gelisah...?
Apakah wujud tekanan kepada PAS untuk tunduk kepada desakan DAP sehingga mengenepikan prinsip perjuangan parti itu...?
Pada Khamis, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mahu DAP diminta menghormati pendirian PAS dalam menegakkan syiar Islam, sebagaimana parti tersebut menghormati DAP dalam isu penganjuran Oktoberfest.
Beliau berharap kedua-dua parti itu mencapai persefahaman dengan menghormati pendirian satu sama lain.
“Saya menghormati pendapat seorang pemimpin DAP yang menyokong penganjuran Oktoberfest, dengan mengatakan parti itu dibuat di tempat tertutup dan hanya untuk orang bukan Islam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...