Rahsia penipuan Lim Kit Siang memanipulasi sistem
pengundian Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang membolehkan beliau berkuasa
dalam parti itu terbongkar pada tahun 2012 disebabkan kebodohan anaknya, Lim
Guan Eng yang merupakan Setiausaha Agung DAP.
Blog DAP Insider menjelaskan
secara terperinci mengenai penipuan Keluarga Lim dalam memanipulasikan sistem
pengundian CEC itu.
Sejak 1968 DAP sentiasa dikawal oleh Lim Kit Siang
yang memegang jawatan Setiausaha Agung atau Pengerusi Kebangsaan. Dalam
organisasi DAP Setiausaha Agung paling berkuasa. Konsep ini sama seperti yang
diamalkan oleh Parti Komunis Malaya yang mana jawatan Setiausaha Parti Komunis
Malaya dipegang oleh Chin Peng.
Berikut
adalah salah satu cara yang dimanipulasi oleh Lim Kit Siang untuk memastikan
dia dan dinastinya terus berkuasa.
Parti DAP
tidak mempunyai bahagian di setiap parlimen sepertimana yang diamalkan
parti-parti lain. Mereka hanya mempunyai cawangan sahaja.
