Memaparkan catatan dengan label #PRU14#. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #PRU14#. Papar semua catatan

Khamis, 10 Mei 2018

PAS AKAN UMUM MENTERI BESAR TERENGGANU


MARANG: PAS menyerahkan kepada pihak istana untuk menghadap Sultan Terengganu setelah berjaya menguasai semula Terengganu pada Pilihan raya Umum ke-14 ini.
“Itu akan atur, insya Allah, itu terpulang kepada pihak Tuanku, pihak istana,” kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media di Dewan Tok Guru, Rusila sebentar tadi.
Berhubung dengan calon Menteri Besar, beliau berkata ia akan diumumkan kemudian.
“Itu ada dalam fikiran kami, akan diumumkan kemudian,” katanya lagi.
Mengenai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), beliau berkata ia akan dipertimbangkan mengikut latar belakang calon PAS yang menang kerusi Dun pada PRU14.
Ini, katanya kerana mereka terdiri daripada kalangan AGAMAWAN, PROFESIONAL DAN RAKYAT.
“Oleh kerana calon kita terdiri daripada berbagai kalangan, termasuk agamawan, professional dan rakyat, Exco akan ditimbang mengikut peranan yang munasabah,” jelasnya.
Semasa berucap sebelum itu, beliau menyeru ahli-ahli dan para penyokong PAS supaya bersyukur di atas KEMENANGAN YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH itu.
Beliau bagi pihak PAS juga mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang telah membuat liputan sepanjang kempen PRU14.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS negeri, Dato’ Husain Awang berkata, PAS Berjaya menguasai semula negeri ini setelah MEMENANGI 21 DARIPADA 32 KERUSI DUN pada PRU14.
Beliau mengumumkan kerusi-kerusi Dun yang dimenangi iaitu Kota Putera, Jabi, Tepoh, Buluh Gading, Bukit Tunggal, Wakaf Mempelam, Bandar, Ladang, Batu Buruk, Alur Limbat, Bukit Payong, Rhu Rendang, Pengkalan Berangan, Manir, Kuala Berang, Rantau Abang, Sura, Paka, Kemasik, Cukai dan Air Putih.
Bagaimanapun, jelas pihak PAS negeri sedang menunggu keputusan perjumlahan undi bagi kerusi Dun Bukit Besi dan pengiraan semula bagi kerusi Dun Ajil.
Menurutnya, jika PAS Berjaya memenangi dua kerusi Dun itu atau salah satu daripadanya bermakna PAS mencapai kemenangan mutlak iaitu majoriti 2/3 daripada kerusi Dun. – HARAKAHDAILY 10/5/2018

Rabu, 9 Mei 2018

#PRU14: TERIMA KEPUTUSAN RAKYAT - PRESIDEN PAS


MARANG: Rakyat termasuk parti-parti politik diingatkan agar MENERIMA KEPUTUSAN PILIHAN RAYA Umum (PRU) Ke-14, ini sama ada menang atau kalah.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, parti mengarahkan PENGIKUT-PENGIKUT PAS AGAR BERTENANG, BERADAB dalam kempen.

Justeru, menurut beliau, PAS melaksanakan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) dengan sebaik-baiknya bagi mengelakkan pertembungan yang tajam dalam masyarakat.

"Kita mengarahkan pengikut-pengikut PAS supaya bertenang, beradab dalam kempen. Melaksanakan budaya politik matang sejahtera dan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. 

"Ini pendekatan yang baik dan kita (PAS) elakkan daripada pertembungan yang tajam, boleh berbeza pendapat tetapi tidak boleh bergaduh. 

"Ini yang perlu kita (PAS) kemukakan kepada masyarakat.  Sama ada menang atau kalah, kita terima hakikat. 

"RAKYAT BUAT KEPUTUSAN TERIMA, jangan kita buat sesuatu yang menyusahkan rakyat dan negara," ujarnya selepas mengundi di Pusat Mengundi, Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang, hari ini. 

Sehubungan itu, Dato' Seri Abdul Hadi, berpuas hati dengan perjalanan kempen pilihan raya kali ini yang berjalan lancar, aman dan tenteram.

Turut mengundi di Pusat Mengundi yang sama ialah Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi yang juga calon PAS N.16 Batu Buruk pada PRU14 ini.

Sementara itu, pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri Terengganu menyediakan 401 Pusat Mengundi yang mempunyai 1,433 Tempat Mengundi (saluran). 

Seramai 736,632 orang pemilih berdaftar di negeri Terengganu layak mengundi bagi memilih kerajaan baharu bagi tempoh lima tahun akan datang.

Manakala, tujuh buah Pusat Mengundi akan tutup awal pada jam 3.00 petang iaitu SK Pulau Perhentian, SK Pulau Redang, SK Kuala Jenderis, SK Tepus, SK Kampung Shukor, SK Jongok Batu  dan SK Sungai Pergam. -HARAKAHDAILY 9/5/2018

Selasa, 8 Mei 2018

#PRU14: 500 NGO SOKONG CALON PERTAHAN ISLAM


KUALA LUMPUR: Lebih 500 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam meminta rakyat khususnya orang Islam hanya MEMILIH CALON YANG SANGGUP MEMPERTAHANKAN ISLAM sebagai pemimpin menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengarah Himpunan NGO/NGI, Mohd. Zai Mustafa berkata, tindakan itu perlu memandangkan wujudnya pihak yang berani mencabar dan mempertikaikan kelebihan Islam sebagai agama Persekutuan.

Katanya, sekiranya rakyat alpa dengan pembohongan pihak berkenaan, dikhuatiri pentadbiran negara akan lebih cenderung ke arah liberal sekali gus akan menghapuskan Islam sebagai agama rasmi.

“Kami harapkan RAKYAT LEBIH BERANI BERSUARA MENEGAKKAN PRINSIP ISLAM di negara ini. Justeru program ini diadakan sebagai satu peringatan kepada rakyat agar bertindak bijak dalam memilih pemimpin yang bakal mentadbir negara.

“Pemimpin yang dipilih hendaklah berani melawan bantahan daripada pihak yang mahu menjatuhkan Islam,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia dalam Himpunan Deklarasi Pimpinan NGO Tsunami Melayu Islam di sini, semalam.

Himpunan itu diadakan ekoran wujud beberapa pihak secara lantang bersuara mahukan hak sama rata dalam kalangan kaum bukan Melayu dan Islam.

Tambah Mohd. Zai, desakan yang wujud daripada beberapa pihak yang menghentam Islam serta mempertikaikan institusi raja berperlembagaan yang beridentitikan Islam secara terang-terangan menjadi agenda utama perhimpunan itu diadakan.

Sumber: KLIK DISINI

Ahad, 6 Mei 2018

#PRU14: PAS YAKIN DI LANDASAN BETUL


MARANG - PAS KINI BERADA DI LANDASAN YANG BETUL berdasarkan gerak kerja jentera parti berkenaan di seluruh negara, kata Ketua Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR.

Beliau berkata, sehingga hari ini, melalui gerakan jentera pilihan raya di seluruh Malaysia, parti itu mendapati jentera parti berada dalam keadaan sangat baik dan mengikut perancangan parti.

“Setakat ini, apa yang kita rancangkan dan kita gerakan oleh jentera pilihan raya di negeri-negeri di seluruh Malaysia ini berada dalam keadaan yang sangat baik dan mengikut perancangan.

“Dan kita mengharapkan momentum ini kekal supaya kita dapat membina persepsi yang baik seterusnya memperoleh keputusan lebih baik berbanding dengan PRU lepas,” katanya.

Beliau yang juga merupakan CALON PAS DI DUN RHU RENDANG berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian di Pejabat Kesatuan Ulama Sedunia di Rusila, hari ini.

Jumaat, 4 Mei 2018

#PRU14: GELOMBANG HIJAU BERLAKU DI TERENGGANU


KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu mendakwa GELOMBANG HIJAU SEMAKIN BESAR sedang berlaku di lapan kawasan Parlimen dan 32 Dewan Undangan Negeri (Dun) di negeri ini.

Pesuruhjayanya, Dato' Husain Awang berkata, paling jelas berlaku penerimaan di kalangan anak-anak muda memberi sokongan dan paling kuat bekerja di semua tempat yang ditugaskan.

"Hingga setakat ini, jentera pilihan raya kami (PAS) bekerja dengan baik dan digerakkan sepenuhnya dan tidak menghadapi sebarang masalah.

"Dengan tinggal berbaki lima hari berkempen lagi sebelum hari mengundi 9 Mei, kami (PAS) yakin dapat pertahankan kerusi yang telah kami menangi di empat Parlimen dan 15 Dun pada PRU13 lalu.

"Kami (PAS) yakin dapat menawan beberapa kerusi lagi bagi membolehkan kami menubuhkan kerajaan baharu selepas PRU14, di negeri Terengganu Darul Iman, InsyaAllah," tegasnya dalam satu sidang media sempena PRU14 di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Jalan Sultan Omar, di sini hari ini.

Menurutnya, pada kedudukan ini PAS Terengganu optimis akan dapat menguasai tidak kurang dari 20 kerusi Dun pada pilihan raya nanti.

Namun, kata mantan Speaker Dun Terengganu itu, PAS tidak meletakkan kedudukannya yang selesa dan selamat bagi menghadapi parti lawan Umno-Barisan Nasional (BN) dan PKR-Pakatan Harapan (PH).

"Pihak lawan kami dari Umno-BN dan PKR-PH sudah tentu tidak akan memberi laluan mudah kepada kami untuk menang. 

"Sebagaimana pengalaman dalam PRU13 lalu, Umno-BN khususnya menggunakan jentera kerajaan dan sogokan wang yang berleluasa untuk memancing undi," jelasnya.

Sehubungan itu, kata Dato' Husain terdapat tiga eleman utama kecenderungan rakyat mahu membuat perubahan bagi memilih PAS kali ini.

"Pertama, parti dan calon (PAS) yang lebih bertanggungjawab untuk memartabatkan Islam dalam kehidupan bernegara.

"KEDUA, PARTI DAN CALON YANG BERSIH, JUJUR DAN BERINTEGRITI, TIDAK TERLIBAT DALAM RASUAH, TIDAK MENGAUT KEKAYAAN UNTUK DIRI, KELUARGA DAN KRONI SERTA ADA TRACK RECORD CEKAP DALAM URUSAN PEMERINTAHAN.

"Ketiga, memilih tawaran manifesto yang lebih baik, bersifat jangka panjang dan lebih menjaga kebajikan mereka (rakyat)," ujarnya.

Hadir sama pada sidang media itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS III Terengganu, Yahaya Ali dan Bendahari PAS Terengganu, Shukrimun M.Shamsuddin. -HARAKAHDAILY 3/5/2018.

Khamis, 3 Mei 2018

#PRU14: TUN MAHATHIR ADALAH PUNCA KOS SARA HIDUP YANG TINGGI

ARAU: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang MELABELKAN PERDANA MENTERI NEGARA PADA 1980-AN sebagai orang yang bertanggungjawab untuk kos sara hidup yang tinggi pada hari ini.

Tanpa menyebut nama, Abdul Hadi berkata PEMIMPIN VETERAN MENGUBAH WAJAH MALAYSIA dengan mengubah pentadbirannya daripada menjaga kesejahteraan rakyat kepada "NEGARA KORPORAT". "Semasa masa Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (perdana menteri pertama), keutamaan diberikan kepada kebajikan rakyat dan ia diteruskan semasa (perdana menteri kedua) Tun Abdul Razak.

Dengan wakaf (amal) dan pelbagai peruntukan untuk rakyat. "Walau bagaimanapun, pada tahun 1980-an, perdana menteri mengubah cara negara ditadbir dan segala MACAM TUNTUTAN DIKENAKAN. Orang ramai perlu membayar yuran sekolah dan hospital (antara lain), "katanya pada Program Presiden Pas di Madrasah Diniah Islamiah (MADI) di sini, malam ini.

Beliau berkata perubahan yang dibuat telah menyebabkan kos sara hidup meningkat, berikutan kenaikan harga barangan, dan rakyat berjuang untuk menampung perbelanjaan mereka. Dalam ceramah dihadiri oleh kira-kira 500 penyokong, Abdul Hadi mengulangi pendirian Pas sebagai 'KING OF MAKER' dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (GE).

"Orang bertanya siapa yang kita ikuti? Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (pakatan pembangkang)? Kami memberitahu mereka bahawa kami mengikuti siapa yang pernah mengamalkan prinsip-prinsip Islam.

"Jika perlu, kita boleh berbincang dengan BN ... jika perlu, kita boleh berbincang dengan Pakatan Harapan. Jika kedua-duanya memutuskan untuk mengikuti prinsip-prinsip Islam, kita juga boleh menubuhkan kerajaan campuran. "Bagaimanapun, jika kedua-duanya menolak tanggapan ini, Pas akan menjadi pembangkang," katanya. © New Straits Times Press (M) Bhd.

Sumber: KLIK DISINI

Rabu, 2 Mei 2018

#PRU14: SURAT PRESIDEN PAS KEPADA PENGUNDI PRU14


1SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) telah menetapkan hari mengundi awal pada 5 Mei 2018 dan hari mengundi pada 9 Mei 2018. Mengundi adalah kewajipan bagi rakyat Malaysia yang menjadi salah satu urusan agama dalam Islam. Tanggungjawab memilih pemimpin dapat dilihat melalui Peristiwa Thaqifah Bani Saidah apabila para sahabat meninggalkan majlis pengebumian jasad Rasulullah S.A.W semata-mata menghadiri perhimpunan memilih khalifah.
2. Islam menggariskan dalam Al-Quran tentang SIFAT-SIFAT SEORANG PEMIMPIN iaitu Al-Qawiy (kompetensi) dan Al-Amin (amanah). Namun, masalah utama negara kita berdepan dengan pemimpin rasuah. Perkara ini didedahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa 71 ORANG PEMIMPIN BARISAN NASIONAL (BN) disiasat oleh SPRM dan 21 ORANG DARIPADA PAKATAN HARAPAN (PH).
3. ALHAMDULILLAH PAS KOSONG, tiada seorang pun disiasat atas salah laku rasuah walaupun PAS memerintah Kelantan, Terengganu dan Kedah dalam keadaan disekat peruntukan oleh Kerajaan Pusat. PAS pernah juga menyertai kerajaan yang dipimpin DAP di Pulau Pinang dan PKR di Selangor serta mengetuai Kerajaan Perak. Terbukti betapa bersihnya pemimpin PAS.
4. Inilah tawaran PAS kepada rakyat yang tidak mampu ditunaikan oleh parti politik lain kerana PAS berdasarkan kepada aqidah Islam, TIDAK MEMISAHKAN POLITIK DAN AGAMA, dan percaya kepada Hari Akhirat yang ada perkiraan dosa pahala. Sebenarnya masih banyak perkara yang boleh diberikan peluang kepada PAS untuk menjadi bukti bahawa Islam boleh menyelesaikan masalah yang telah gagal diurus oleh semua ideologi dan teori ciptaan manusia, jika PAS diberi lebih kebebasan berkuasa.
5. Malaysia bukan negara tiada hasil tetapi masalahnya BANYAK KEBOCORAN DAN KETIRISAN sehingga rakyat terpaksa menanggung bebanan seperti kenaikan kos sara hidup, pelaksanaan GST dan pengangguran.


Selasa, 1 Mei 2018

#PRU14: SYABAS DAN TAHNIAH 54 AHLI UMNO SERTAI PAS DI DUN RU RENDANG


MARANG: Usaha PAS UNTUK KEMBALI MENGUASAI TERENGGANU pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) ini semakin terserlah apabila seramai 54 ahli Umno menyerahkan borang menyertai parti itu, malam ini.
Sebanyak 40 borang permohonan keahlian PAS diserahkan kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang oleh wakil mereka, Roslan Yusof pada Majlis Dialog Anda Tanya Tok Guru Jawab di kawasan PERUMAHAN AWAM KOS RENDAH (PAKR) SUNGAI KERAK, dekat sini. Turut hadir ialah calon PAS bagi Dun Ru Rendang, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar,
Sementara itu, Roslan, 51, memberitahu sebanyak 40 borang diserahkan pada malam ini sementara 14 borang lagi akan diserahkan pada masa lain.
“Saya sertai PAS kerana terbuka hati terima PAS, kerana keluarga sebelah isteri banyak orang PAS, bukan kerana habuan,” ujarnya.
Beliau yang menjadi ahli Umno selama 25 tahun berkata, akan berusaha untuk menarik rakan-rakannya agar menyertai PAS.
“Saya berharap mereka supaya boleh berhijrah untuk sertai PAS, kita akan tarik mereka sertai PAS,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/4/2018


Ahad, 29 April 2018

#PRU 14: PROF MADYA DR KAMAROLZAMAN MOHD JIDI KELUAR PPBM AIR MOLEK


MELAKA: KECEWA DENGAN SIKAP KEPIMPINAN PPBM Melaka didakwa tidak mematuhi perjanjian dan amanah, naib ketua PPBM bahagian Hang Tuah Jaya, PROF MADYA DR KAMAROLZAMAN MOHD JIDI bertanding sebagai calon Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek.

Beliau berkata sejak lebih setahun lepas beliau bersama jentera PPBM melaksanakan gerak kerja meyakinkan pengundi DUN Ayer Molek untuk mengundi pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), namun setelah usaha itu membuahkan hasil positif kerusi DUN itu diberikan kepada PKR.

“Dalam proses pemilihan calon PIHAK PENGURUSAN PPBM TELAH MELANGGAR JANJI. Kepimpinan negeri  tidak mematuhi perjanjian diamanahkan, patutnya PPBM memiliki DUN Ayer Molek tetapi apabila cubaannya boleh menang tinggi parti lain berebut untuk mendapatkan tempat.

“Akhirnya perundingan mengikut janjinya (DUN Ayer Molek diberikan) kepada parti PPBM telah dimanipulasi dengan PKR ambil DUN Ayer Molek,” katanya kepada pemberita.

Pada PRU14 ini Kamarolzaman bakal menghadapi saingan empat penjuru dengan Jantan Abdullah (PAS), Farhan Ibrahim (PKR), dan Rahmad Wariman (BN) di DUN Ayer Molek yang berada dalam Parlimen Hang Tuah Jaya.

Kamarolzaman berkata pada masa ini beliau masih anggota PPBM dan tidak akan mengambil keputusan untuk keluar daripada parti itu. 

Sumber: KLIK DISINI

Jumaat, 27 April 2018

#PRU14#: TUN MAHATHIR DAN ANWAR HALANG PENTADBIRAN ISLAM


Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, didakwa sebagai DUA INDIVIDU penting yang MENGHALANG PENTADBIRAN ISLAM dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Terengganu di bawah pentadbiran PAS meluluskan undang-undang jenayah syariah yang bersifat mendidik masyarakat, masing-masing pada awal serta penghujung 1990-an.

Beliau berkata, bagaimanapun mereka tidak dapat melaksanakannya kerana ditentang oleh Dr Mahathir dan Anwar yang ketika itu adalah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

"Tiba-tiba bila dah lulus, Dr Mahathir hantar surat kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat memberi amaran supaya jangan laksanakan... kalau laksanakan undang-undang itu, Kerajaan Pusat akan bertindak.

Khamis, 26 April 2018

#PPRU 14: PENGANALISIS POLITIK - BN BAKAL BERDEPAN RISIKO KALAH ???


Penganalisis Politik Dari Universiti Malaya Prof Madya Dr. Awang Azman:
1. BN mempunyai rekod rasional tersendiri mengekalkan calon lama dimana tujuan ialah calon tersebut diyakini mampu memberi kemenangan kepada parti.

·      Walaubagaimana pun budaya politik  sebegini jelas menunjukkan parti itu tidak konsisten dalam memilih calon yang dipertandingkan.
·      Satu pihak mencalonkan calon yang pernah kalah dan pada masa yang sama mengugurkan calon yang pernah menang serta ada yang tak pernah menang dicalonkan semula.
·      Sememangnya calon yang kalah bakal memberikan impak negatif kepada BN, menunjukkan seolah-olah BN ketandusan pemimpin pelapis dan kurang percaya pada pemimpin baru.
·      Selain daripada calon lama yang kalah, tetapi juga dari segi kelayakan akademik calon diketengahkan.
·      Sepatutnya pada abad ke 21 ini, ramai calon sekurang-kurangnya memiliki ijazah pertama, tapi sebaliknya berlaku.
Penganalisis Politik Prof Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood:
1. Setiap parti politik harus memilih calon boleh menang atau ‘winnable candidates’ dimana katerianya diserahkan kepada pucuk pimpinan parti.

·      Secara logiknya calon lama yang kalah tidak akan dicalonkan semula kerana mempunyai risiko tersendiri.

Teruskan membacanya dan nilaikan lah sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...