Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu
menganjurkan pertandingan cabaran fotografi 1Malaysia Green 1Malaysia
Clean (1MG 1MC) Terengganu bagi tujuan mempromosikan produk dan
wajah-wajah pelancongan negeri melalui fotografi.
Pengarahnya, Encik Mohd Sabri Zakaria berkata, pertandingan bertemakan ‘Terengganu Bersih dan Indah’ itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan gambar-gambar penyertaan hendaklah diambil di seluruh tempat di negeri ini sahaja.
Katanya, hadiah tempat pertama berupa wang tunai RM1,000 beserta sijil, kedua (RM700), ketiga (RM500), keempat (RM400) dan kelima (RM200) manakala tempat keenam hingga ke-10 menerima sijil penyertaan dan setiap pemenang akan menerima sehelai baju T 1MG 1MC.