Memaparkan catatan dengan label JPM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JPM. Papar semua catatan

Ahad, 19 November 2023

PMX TOLAK GUNA MERCEDES SEBAGAI KENDERAAN RASMI


Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak untuk menggunakan Mercedes S600 yang dibeli Perdana Menteri yang lepas dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk kegunaan rasmi.

Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes Benz dan Pengerusi Lembaga Pengurusan Mercedes-Benz Group,

Ola Källenius, telah mengumumkan sumbangan sebanyak €1 juta (RM5 juta) kepada organisasi Israel.

Pengumuman ini dibuat melalui akaun LinkedIn miliknya kira-kira tiga minggu lalu.

Dalam pengumuman tersebut, beliau menyatakan kesedihan atas serangan yang berlaku ke atas Israel dan hasrat untuk membantu mengurangkan beban yang mereka hadapi.

“Saya sangat terkejut dengan berita dan gambar yang disiarkan di seluruh dunia sejak serangan ke atas Israel.

Dan saya amat bimbang tentang kesan yang mungkin berlaku untuk keamanan di Timur Tengah. Saya mempunyai rakan sekerja, kenalan lama, dan kawan baik di rantau itu.

Saya berasa sedih ke atas semua orang yang menderita akibat keganasan dan yang kini berkabung atas kehilangan orang tersayang.

Perasaan saya sama juga buat mereka ramai yang cedera, mereka yang diculik, dan keluarga mereka,” petik kenyataan Ola Källenius.

Mercedes-Benz berikrar untuk menderma €1 juta (RM5 juta) kepada organisasi bantuan United Hatzalah, yang menumpukan kepada pemerolehan kenderaan penyelamat, serta Palang Merah Jerman yang menyelaraskan bantuan kemanusiaan di rantau ini bersama-sama organisasi saudara mereka.

“Kami sudah tentu sentiasa menghubungi pasukan di tapak R&D kami di Tel Aviv, di mana keselamatan mereka menjadi keutamaan,” tambah Ola Källenius lagi.

https://www.mhdaily.net/mercedes-sumbang-rm5-juta-bantu-organisasi-israel-pmx-tolak-guna-mercedes-sebagai-kenderaan-rasmi/

Selasa, 6 November 2012

TINDAKAN TEGAS PERLU DIAMBIL KE ATAS NURUL IZZAH


Kenyataan Nurul Izzah Berbahaya Dan Mengelirukan

KUALA LUMPUR, 5 Nov – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan sebagai berbahaya dan mengelirukan, kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar Sabtu lepas, bahawa orang Melayu Islam bebas memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama.
Beliau berkata kenyataan sedemikian adalah tidak wajar kerana ia boleh mengelirukan penafsiran masyarakat dan umat Islam.
“Di dalam Perlembagaan negara telah termaktub bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan, dan setiap anak yang dilahirkan sebagai orang Islam maka dia itu kekal sebagai orang Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Persidangan Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam seluruh Malaysia yang turut dihadiri negeri yang diwakili pembangkang di sini, hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...