Selasa, 6 November 2012

TINDAKAN TEGAS PERLU DIAMBIL KE ATAS NURUL IZZAH


Kenyataan Nurul Izzah Berbahaya Dan Mengelirukan

KUALA LUMPUR, 5 Nov – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan sebagai berbahaya dan mengelirukan, kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar Sabtu lepas, bahawa orang Melayu Islam bebas memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama.
Beliau berkata kenyataan sedemikian adalah tidak wajar kerana ia boleh mengelirukan penafsiran masyarakat dan umat Islam.
“Di dalam Perlembagaan negara telah termaktub bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan, dan setiap anak yang dilahirkan sebagai orang Islam maka dia itu kekal sebagai orang Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Persidangan Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam seluruh Malaysia yang turut dihadiri negeri yang diwakili pembangkang di sini, hari ini.
Malah, Jamil Khir berkata, ayat Al-Quran yang digunakan Nurul Izzah bagi menyokong kenyataan beliau semasa forum berkenaan adalah luar daripada konteks sebenarnya kerana ayat itu berkaitan dengan hal orang bukan Islam yang tidak boleh dipaksa dalam penerimaan agama Islam.
Sabtu lepas, pada forum ‘Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab’, Nurul Izzah dilaporkan menegaskan bahawa setiap rakyat di dalam negara ini tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu.
Bagaimanapun  selepas dikritik pelbagai pihak, Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan di dalam laman sosial ‘Facebook’ beliau hari ini,menafikan bahawa beliau menyokong gejala murtad.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...