Khamis, 22 November 2012

PROGRAM PEMIMPIN BERSAMA MASYARAKAT DUN RHU RENDANG


Marang 21/11/2012 - Usaha murni yang berterusan terus dilaksanakan demi kesejahteraan  dan keselesaan masyarakat DUN Rhu Rendang, dimana pada hari ini Program Pemimpin Bersama Masyarakat anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang telah diadakan di Dewan Utama Majlis Daerah Marang.

Turut hadir YB Senator Dato' Haji Abdul Rahman Bakar dan Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku yang sama-sama menyampaikan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada 1,819 orang penerima bagi kawasan DUN Rhu Rendang.  Penambahan yang begitu ketara sejak kebelakangan ini.


Menurut Tuan Haji Nik Dir, warga DUN Rhu Rendang perlu memikirkan sebaik-baik mungkin apa yang telah kerajaan berikan selama ini adalah semata-mata untuk membela nasib orang Melayu yang telah ketinggalan jauh daripada arus pembangunan terutamanya bagi masyarakat DUN Rhu Rendang dan amnya bagi Daerah Marang.


Kerajaan tidak akan sekali-kali meminggirkan masyarakat orang Melayu dalam apa jua bantuan yang diperlukan. Dari itu sudah tiba masanya warga DUN Rhu Rendang memikirkannya dengan sebaik mungkin dalam Pilihanraya UMUM ke 13 yang akan datang dengan memberi mandat kepada BN, agar bantuan yang seumpama ini dapat diteruskan dan ditambah baik dari masa kesemasa.

YB Senator Dato' Abdul Rahman Bakar bersama Tuan Haji Nik Dir
Jelas jika dilihat Ahli Parlimen Marang dan ADUN Rhu Rendang tidak mampu untuk membawa kesejahteraan, keselesaan dan pembangunan di kawasan Daerah Marang sejak menerajuinya selama 30 tahun.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...