Memaparkan catatan dengan label #PRU13#. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #PRU13#. Papar semua catatan

Ahad, 5 Mei 2013

Analisis PRU-13: Akan berlaku kejutan di Parlimen Marang?


PARLIMEN Marang pastinya merupakan salah satu kawasan yang menjadi sorotan umum esok kerana di sini kerusi dan masa depan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mampukah gandingan barisan calon transformasi yang diketengahkan untuk bertanding di kerusi Parlimen dan empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Rhu Rendang, Pengkalan Berangan, Bukit Payung dan Alor Limbat melenyapkan pengaruhnya dan mungkin kerjaya politiknya?

Berdasarkan perkembangan semasa, ada kalangan pemerhati politik menjangkakan tidak mustahil calon-calon BN diketuai Datuk Yahya Khatib Mohamad (Parlimen Marang), Nik Dir Nik Wan Ku (Rhu Rendang), A. Latiff Awang (Pengkalan Berangan), Zaidi Muda (Bukit Payung) dan Alias Abdullah (Alor Limbat) mampu membuat kejutan besar.

Sabtu, 4 Mei 2013

#PRU13 #GE13 UNDANG-UNDANG DAN ANDA:


Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Seksyen 26 - Batasan pada hari mengundi.

(1) Tiada seorang pun boleh pada hari mengundi-

(c) membuka atau menubuhkan atau menyenggarakan suatu pejabat atau barung di dalam bahagian pilihan raya yang baginya calon itu bertanding bagi apa-apa maksud yang berkaitan dengan sesuatu pilihan raya selain pejabat yang dibuka atau ditubuhkan atau disenggarakan menurut subseksyen 24B(2) atau bilik jawatankuasa yang disewa menurut perenggan 14(1)(b);

(2) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1) boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.

(3) Sesuatu kesalahan di bawah subseksyen (1) ialah kesalahan boleh tangkap mengikut pengertian Kanun Tatacara Jenayah.

Khamis, 2 Mei 2013

UNDI PAKATAN RAKYAT NEGARA AKAN HANCUR !!!!!

VIDEO INI MESTI DITONTON OLEH SEMUA UMAT ISLAM DAN RAKYAT MALAYSIA

Ceramah Umum PRU 13 Pembongkaran Ustaz Rujhan Abd Rahman Terhadap PARTI AJARAN SESAT


VIDEO INI MESTI DITONTON OLEH SEMUA UMAT ISLAM

Pegawai Penerangan PAS Kelantan Abdul Hamid Isytihar keluar PAS ???


KUALA LUMPUR: Pegawai Penerangan PAS Kelantan, Abdul Hamid Derani mengisytiharkan beliau menarik diri daripada menyokong parti itu ekoran konflik sedia ada di kalangan parti komponen Pakatan Rakyat kerana ia akan menjadi lebih buruk apabila mereka mengambil alih Putrajaya.
"Saya melihat ada perbalahan antara satu sama lain dalam soal pembahagian kerusi, ia merupakan satu tanda keretakan dalam pakatan. Bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya mereka mengambilalih kerajaan?," katanya.

Rabu, 1 Mei 2013

Program Cakna Rakyat Dan Gulai Sekampung


Rhu Rendang 01/05/2013 - Program Cakna Rakyat dan Gulai Sekampung anjuran Pergerakan Wanita UMNO Dun Rhu Rendang berlangsung dalam suasana yang cukup meriah di perkarangan Markas Besar BN DUN Rhu Rendang bermula seawal jam 8.30 pagi.

Program bermula seawal pagi dengan penganjuran berbagai-bagai acara termasuk 'Bertindik' untuk kanak-kanak perempuan, Pertandingan Masakan serta Gubahan dengan sambutan yang cukup mengalakkan.

Selasa, 30 April 2013

Keluarga Kemboja Marang masuk UMNO


MARANG 29 April - Seramai 29 keluarga Kemboja yang tinggal di Kg Kemboja, Kelulut dekat sini mengisytihar menyertai UMNO.

Ketua keluarga Haji Ahmad Haji Musa, 74 tahun menyerahkan borang keahlian mereka kepada Calon N19 Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, selaku Pengerusi Perhubungan UMNO DUN Rhu Rendang, Marang, Terengganu.

Menurut Haji Ahmad, mereka bersama ahli keluarganya telah menetap di Kg. Kemboja, Marang sejak 32 tahun yang lalu, tidak pernah mendapat sebarang manfaat daripada PAS meskipun memberi sokongan penuh kepada parti itu, sebelum daripada ini.

Isnin, 29 April 2013

Ibu Menangis, Berdoa Anak Kalah Kerana Jadi Calon PKR


PEKAN: Kemelut Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang semakin meruncing apabila ibu kepada seorang calonnya di Pahang, tidak merestui anak perempuannya, Sitarunishah Ab Kadir bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei ini.
Sunah Omar, 61, berkata dia sedih dan kecewa apabila mengetahui anaknya yang selama ini anggota Umno tiba-tiba menjadi calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menentang penyandang kerusi DUN itu daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Abu Bakar Harun.
Sunah memberitahu sidang media di sini pada Ahad, tindakan anak sulung daripada lima beradik itu membuatkan dia dan suaminya, Abdul Kadir Zakaria, 63, kecewa kerana selama ini Umno dan BN banyak membantu masyarakat peneroka di Felda Chini Timur 3 di sini.

Ahad, 28 April 2013

Masa Untuk Ubah Anwar, Kit Siang, Karpal, Nik Aziz dan Hadi


Dalam tempoh setahun dua lepas sehinggalah masuknya waktu berkempen sempena PRU-13, perkataan ‘ubah’ sering kali meniti dari bibir ke bibir para pemimpin dan penyokong pembangkang dalam usaha mereka untuk mempengaruhi khalayak supaya berpaling tadah dari BN kepada pakatan pembangkang.

Cara mereka menyampaikan hujah dalam ceramah dan penulisan, seakan memperlihatkan parti pembangkang sudah mengalami pelbagai perubahan bersesuaian dengan zaman, sementara BN yang menerajui negara ini pula digambarkan sebagai kaku dan jumud tanpa sebarang transformasi.

HADI REBAH DI PARLIMEN MARANG DAN DUN RHU RENDANG


Lima gempur satu strategi calon BN
HADI TIDAK MAMPU UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN UNTUK RAKYAT MARANG SEJAK 31 TAHUN

MARANG – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Marang, Datuk Yahya Khatib Mohamad tidak mahu menganggap dirinya sebagai calon ‘underdog’ dalam pertembungannya dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bagi kerusi berkenaan.


Sebaliknya, Yahya menjangkakan pertarungan antara BN dan Pas di kerusi panas itu akan berlangsung sengit kerana mempunyai peluang sama rata.

“Saya meramalkan peluang saya (untuk menang) di kerusi Parlimen Marang adalah 50 peratus, malah peratusan itu dijangka terus meningkat apabila seluruh jentera parti menggandakan gerak kerja,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sabtu, 27 April 2013

Pemuda PAS Marah Kerajaan PAS ?


azizan-5
Marah betul Dewan Pemuda PAS terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, yang memberikan gred “E -” pada Kerajaan PAS Negeri Kedah atas perkhidmatan “cemerlang” sepanjang lima tahun berkuasa di negeri Jelapang Padi itu.

Peliknya, kemarahan Naib Ketua Dewan “Pepsi-Cola” itu, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss itu langsung tidak disokong oleh sebarang bukti yang menafikan asas pemberian gred paling corot tersebut.

Setahu saya, Raja Ahmad Iskandar menetap di Perak. Sebagai rakyat negeri Perak, saya sangat sangsi tentang pengetahuannya mengenai Kerajaan PAS Kedah berbanding Muhyiddin yang sangat berpengalaman dalam mentadbir sebuah negeri.

Muhyiddin berpengalaman luas sebagai Menteri Besar Johor dan kini sebagai Timbalan Perdana Menteri, sudah tentu segala laporan mengenai perkembangan negeri Kedah akan sampai ke mejanya untuk dirujuk.

Siapa pula yang memberikan laporan tentang prestasi Kerajaan pimpinan Azizan Razak itu pada Raja Ahmad Iskandar? MYKMUNET


Jumaat, 26 April 2013

PRU 13 : Pemimpin bersama rakyat di Pasar Marang


Seawal jam 8.30 pagi, 26/04/2013 YAB Dato' Seri Ahmad Said bersama isteri yang disertai Calon P37 Datuk Yahya Khatib Muhamad, Calon N19 Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku serta lain-lain tetamu kehormat hadir sama untuk beramah mesra dengan pengundi-pengundi Bandar Marang.

Kecerian diwajah-wajah mereka yang ditemui mengatakan bahawa beliau begitu teruja dengan kehadiran Dato' Seri serta Calon-Calon dikawasan mereka.  Sambil menekmati minum pagi di Gerai-Gerai Water Front Marang.

HEBAT !!! RIHATKAN OTAK PADA HARI JUMAAT !!!!

Khamis, 25 April 2013

PARLIMEN MARANG DAN DUN RHU RENDANG AKAN DIRAMPAS SEMULA


Barisan Nasional (BN) Terengganu kini giat menggempur kubu kuat Presiden Pas Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang di Marang dengan strategi ‘lima lawan satu’. Langkah itu diyakini mampu menguasai kerusi parlimen Marang dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan itu.


 Melihat senario Pas di kawasan itu, ia diakui semakin lemah oleh ramai pihak kerana Presiden Pas sendiri terpalit dengan beberapa isu sensitif, termasuk berkaitan Amanat Haji Hadi, Isu Kalimah Allah serta tindakan Pas bergabung dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

 Tidak ketinggalan, masalah moral ekoran pendedahan video yang dikatakan mirip Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustaffa Ali. 


Ketua Umno Bahagian Marang, Dato’ Yahya Khatib Mohamed yang juga calon BN untuk kerusi parlimen itu, berkata menerusi strategi berkenaan, fokus utama ialah menyingkirkan sokongan kuat rakyat terhadap Haji Hadi di kawasan itu.


 “Kami semua akan bersatu dalam penjuangan murni ini selain tidak jemu turun padang bagi mengetahui isi hati rakyat, kepada mereka yang susah, kita hulur bantuan.KLIK

Rabu, 24 April 2013

PRU 13 : PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT


Keceriaan diwajah setiap petugas-petugas Markas Peti Undi N19 DUN Rhu Rendang menunjukkan satu petanda baik kepada semua warga DUN Rhu Rendang dalam PRU ke 13 kali ini.

Selain daripada itu, dengan lawatan demi lawatan yang dilakukan oleh Calon N19 DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, jelas memberikan satu rahmat yang ditunggu-tunggu oleh semua masyarakat.

Selasa, 23 April 2013

PRU 13 : Ramah Mesra Calon bertemu masyarakat



Demam pilihan raya bukan sebarang demam. Ia demam ada makna. Kalau tak demam, buang undi jadi hambar. Kena demam pilihan raya, barulah seronok mengundi.

Tanda-tanda demam nampak bila hampirnya pilihan raya. Tapi sejak dari selesainya hari Penamaan Calun pada 20hb. April, 2013 demam pilihan raya mula terasa. Ini kerana Dewan Rakyat sudah dibubar. Begitu juga 12 Dewan Undangan Negeri di seluruh negara.

Isnin, 22 April 2013

Lawatan ke Markas BN DUN Rhu Rendang


Lawatan serta beramah mesra Calon N19 DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku telah diadakan dibeberapa buah Markas Barisan Nasional dikawasan DUN Rhu Rendang, yang turut disertai oleh YB Datuk Abdul Rahman Bakar.

Diantara nya adalah Markas BN Bukit Tengah, Alor Nipah, Pulau Kerengga, Alor Tuman, Kelulut, Kg. Baru Kelulut, Kg. Baru Rhu Muda, Rhu Muda, Seberang Marang, Seberang Marang Pantai, Bandar Marang, Kg. Paya, Tertak Batu, Gong Nangka, Sentol Patah dan Sungai Kerak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...