Rabu, 1 Mei 2013

Program Cakna Rakyat Dan Gulai Sekampung


Rhu Rendang 01/05/2013 - Program Cakna Rakyat dan Gulai Sekampung anjuran Pergerakan Wanita UMNO Dun Rhu Rendang berlangsung dalam suasana yang cukup meriah di perkarangan Markas Besar BN DUN Rhu Rendang bermula seawal jam 8.30 pagi.

Program bermula seawal pagi dengan penganjuran berbagai-bagai acara termasuk 'Bertindik' untuk kanak-kanak perempuan, Pertandingan Masakan serta Gubahan dengan sambutan yang cukup mengalakkan.

Majlis telah disempurnakan perasmiannya oleh Calon N19 Dun Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku. Turut serta Ketua Pergerakan Wanita UMNO Marang, YB Senator Hajah Zaiton yang menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan.


Selesai aturcara yang diatur, majlis makan tengahari dengan masakan Gulai Kawah dihidangkan kepada semua yang hadir.

 
 

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang KLIK dibahagian I hingga III.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...