Selasa, 30 April 2013

Keluarga Kemboja Marang masuk UMNO


MARANG 29 April - Seramai 29 keluarga Kemboja yang tinggal di Kg Kemboja, Kelulut dekat sini mengisytihar menyertai UMNO.

Ketua keluarga Haji Ahmad Haji Musa, 74 tahun menyerahkan borang keahlian mereka kepada Calon N19 Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, selaku Pengerusi Perhubungan UMNO DUN Rhu Rendang, Marang, Terengganu.

Menurut Haji Ahmad, mereka bersama ahli keluarganya telah menetap di Kg. Kemboja, Marang sejak 32 tahun yang lalu, tidak pernah mendapat sebarang manfaat daripada PAS meskipun memberi sokongan penuh kepada parti itu, sebelum daripada ini.

Namun begitu semenjak beberapa tahun kebelakangan ini dan juga beberapa pertemuan yang diadakan bersama Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, seluruh ahli keluarganya begitu teruja dengan sokongan serta bantuan yang dihulurkan oleh Tuan Haji Nik Dir kepada ahli keluarganya termasuk pembinaan jalan tar memasuki ke perkampungan Kemboja.


Selain daripada itu, menurut ahli keluarga Haji Ahmad, perjuangan Pas jauh berbeza dengan UMNO yang sentiasa mengutamakan rakyat. Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah mengabaikan kami dalam membela nasib terutama golongan miskin.

Menurut mereka lagi "Saya mula sedar PAS sudah jauh menyimpang daripada landasan Islam sepertimana yang tersiar diakhbar-akhbar serta ceramah-ceramah yang diadakan. Mereka seolah-olah mementingkan politik parti berbanding rakyat," katanya.

Oleh itu keseluruhan keluarga Kemboja yang telah bertapak di perkampongan tersebut berikrar akan memberi sokongan padu kepada Calon Barisan Nasional terutama Tuan Haji Nik Dir semasa hari pengundian pada 5hb. Mei, 2013.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang KLIK SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...