Selasa, 16 April 2013

BN tampil muka baru– 33 % di Parlimen dan 49 % di DUN


penyerahan senarai calon BN
Barisan Nasional hari ini mengemukakan 33 peratus muka baru bagi bertanding di 222 kerusi Parlimen dan 49 peratus di Dewan Undangan Negeri (kecuali Sarawak) yang melibatkan 505 kerusi di seluruh negara dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) yang ditetapkan pada 5 Mei 2013.
Daripada keseluruhan calon yang mewakili BN, 31 peratus calonnya adalah terdiri daripada golongan professional dan ulama manakala lebih daripada 91 peratus (calon yang dicalonkan bertanding dalam kerusi Parlimen) adalah berkelulusan tertinggi paling minimum ialah peringkat diploma.
Perdana Menteri ketika mengumumkan perkara itu semasa dalam satu majlis penyerahan senarai nama kepada Pengerusi BN Negeri-negeri berkata: “Kita punya pelbagai kategori penyertaan calon, 31 peratus datang daripada golongan profesional seperti profesor, pegawai tadbir diplomatik dari agensi kerajaan, doktor, peguam dan ulama.”
Dalam sidang media itu juga Perdana Menteri mengumumkan selain daripada kumpulan itu, bukan semua akan menyertai kabinet. Jadi penentuannya adalah kebolehan untuk menjadi calon pemimpin peringkat akar umbi. Dengan penetapan tersebut, senarai calon yang akan mewakili BN sudah dimuktamadkan setelah beberapa kali berbincang dan membuat saringan bersama pengerusi-pengerusi parti dan maklumat-maklumat yang terkumpul sejak beberapa bulan lalu. KLIK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...