PUTRAJAYA 16 April - Barisan Nasional (BN) tidak akan membuat sebarang pindaan terhadap senarai nama calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang telah diumumkan di setiap negeri hari ini.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, senarai calon tersebut adalah muktamad dan telah ditapis dengan teliti sebelum diumumkan.
"Calon-calon yang diketengahkan adalah yang terbaik dan sudah pasti pembangkang akan buat macam-macam cerita negatif terhadap calon ini," katanya kepada pemberita selepas majlis solat hajat dan doa selamat di kediamannya di sini malam ini. - UTUSAN
Barisan Nasional (BN) Terengganu mengetengahkan 18 calon muka baru untuk bertanding merebut kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Calon baru yang merangkumi jumlah 45 peratus keseluruhan calon BN itu terdiri daripada Mohd Mahdi Musa (Kota Putera); Zulkifli Jusoh (Parlimen Setiu); Mohamad Iskandar Jaafar (Jabi); Sabri Mohd Noor (Langkap); Bazlan Abd Rahman (Batu Rakit).
KLIK SINI untuk berita sepenuhnya.