Sabtu, 27 April 2013

Pemuda PAS Marah Kerajaan PAS ?


azizan-5
Marah betul Dewan Pemuda PAS terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, yang memberikan gred “E -” pada Kerajaan PAS Negeri Kedah atas perkhidmatan “cemerlang” sepanjang lima tahun berkuasa di negeri Jelapang Padi itu.

Peliknya, kemarahan Naib Ketua Dewan “Pepsi-Cola” itu, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss itu langsung tidak disokong oleh sebarang bukti yang menafikan asas pemberian gred paling corot tersebut.

Setahu saya, Raja Ahmad Iskandar menetap di Perak. Sebagai rakyat negeri Perak, saya sangat sangsi tentang pengetahuannya mengenai Kerajaan PAS Kedah berbanding Muhyiddin yang sangat berpengalaman dalam mentadbir sebuah negeri.

Muhyiddin berpengalaman luas sebagai Menteri Besar Johor dan kini sebagai Timbalan Perdana Menteri, sudah tentu segala laporan mengenai perkembangan negeri Kedah akan sampai ke mejanya untuk dirujuk.

Siapa pula yang memberikan laporan tentang prestasi Kerajaan pimpinan Azizan Razak itu pada Raja Ahmad Iskandar? MYKMUNET


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...