Ahad, 28 April 2013

HADI REBAH DI PARLIMEN MARANG DAN DUN RHU RENDANG


Lima gempur satu strategi calon BN
HADI TIDAK MAMPU UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN UNTUK RAKYAT MARANG SEJAK 31 TAHUN

MARANG – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Marang, Datuk Yahya Khatib Mohamad tidak mahu menganggap dirinya sebagai calon ‘underdog’ dalam pertembungannya dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bagi kerusi berkenaan.


Sebaliknya, Yahya menjangkakan pertarungan antara BN dan Pas di kerusi panas itu akan berlangsung sengit kerana mempunyai peluang sama rata.

“Saya meramalkan peluang saya (untuk menang) di kerusi Parlimen Marang adalah 50 peratus, malah peratusan itu dijangka terus meningkat apabila seluruh jentera parti menggandakan gerak kerja,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Yahya juga yakin BN mampu menamatkan penguasaan Pas melalui usaha itu dan mengulangi kenyataannya sebelum ini iaitu termasuk dengan menggunakan strategi ‘lima gempur satu’ untuk menewaskan Abdul Hadi di Parlimen Marang.

Malah katanya, sepanjang kempen dan tinjauan dijalankan, beliau melihat kesedaran rakyat Marang untuk menolak pembangkang juga meningkat, sekali gus memberi satu nafas baru kepada BN kerana Abdul Hadi gagal membangunkan kawasan berkenaan.

“Rakyat Marang sudah beralih kepada BN. Abdul Hadi memang orang Marang dan telah menjadi wakil rakyat di Rhu Rendang melebihi 30 tahun, namun rakyat sudah tahu sejauh mana kemampuan dan kehebatannya,” katanya.

Yahya adalah bekas penyandang Dun Pengkalan Berangan selama dua penggal dan kali ini bertanding di kerusi Parlimen Marang, manakala Abdul Hadi pula adalah penyandang bagi kerusi parlimen berkenaan.

Sementara itu, Abdul Hadi sebelum ini ketika ditanya mengenai persediaannya menghadapi pilihan raya kali ini berkata, tiada perkara luar biasa pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana beliau sudah bertanding sejak 1986.

“Seperti biasa kerana ini bukan kali pertama saya bertanding (di Parlimen Marang), sejak 1986. Tak jadi masalah, namun saya menyeru seluruh jentera parti supaya bekerja dengan baik, dengan sabar mengikut peraturan pilihan raya yang adil,” katanya.

Abdul Hadi juga dilihat yakin mempertahankan kerusi Parlimen Marang yang disandangnya termasuk di kerusi Dun Rhu Rendang. SINAR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...