Tawfiq Ismail menyifatkan Dr Mahathir sebagai perosak badan kehakiman dan itu pengkhianat
KUALA LUMPUR, 12 November:
Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sepatutnya bercakap
mengenai amanah kerana beliau sendiri gagal dalam pelbagai cara,
kata anak bekas Timbalan Perdana Menteri.
Dalam temu bual eksklusif dengan New Straits Times
(NST), Tawfik Ismail, berkata mantan Perdana Menteri itu mengkhianati amanah
yang diberikan Melayu apabila Umno disiytiharkan tidak sah.
Ahli G25 itu berkata, ia adalah satu alasan untuk
menyusun semula Umno supaya Dr Mahathir boleh mengecualikan dan memasukkan
personaliti tertentu.
“Saya fikir itu adalah pengkhianatan besar terhadap
amanah,” kata Tawfiq dipetik berkata kepada akhbar harian berbahasa Inggeris
itu.
