MARANG - Polis
Daerah Marang dengan kerjasama pihak Majlis Daerah Marang (MDM) bertindak
menurunkan sebanyak 360 kain
rentang, 'banner' dan iklan pinjaman wang haram atau Ah Long, di daerah ini, hari ini.
Operasi yang dilakukan bersama-sama
anggota MDM bermula 8 pagi hingga 12 tengahari itu turut membabitkan sekumpulan
pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Marang.
Ketua Bahagian Pengurusan Polis Daerah
Marang, Asisten Superintendan Mohamad Zohan Seman berkata, operasi itu memfokuskan
lokasi sekitar kawasan pentadbiran IPD Marang meliputi kawasan Bandar Marang,
Merchang, Bukit Payung, dan Wakaf Tapai.
