HULU TERENGGANU 26 Jun - Cerita kuih
basi di sebuah bazar Ramadan di sini dimuat naik menerusi WhatsApp dan menjadi
viral dalam Facebook kumpulan.
Seorang pembeli, Hasniza Hassan memuat
naik status pada pukul 11.12 pagi semalam dengan berkata, beliau kecewa kerana
kuih agar-agar santan yang dibelinya tidak boleh dimakan.
"Mareng (semalam) gi beli
agar-agar warna hijau. Balik nok (hendak) makan, basi doh (sudah).
"Kepada peniaga bazar, ambe (saya)
tak kira pasal harga, tapi nok kabo (beritahu) janganlah jual semula kuih hok
(yang) dok abih (tidak habis)...frust sebab anak-anak nak makan, tapi
basi," katanya.
