Jumaat, 26 Jun 2015

Untuk Raih Untung Jual kuih basi di bazar Ramadan


HULU TERENGGANU 26 Jun - Cerita kuih basi di sebuah bazar Ramadan di sini dimuat naik menerusi WhatsApp dan menjadi viral dalam Facebook kumpulan.

Seorang pembeli, Hasniza Hassan memuat naik status pada pukul 11.12 pagi semalam dengan berkata, beliau kecewa kerana kuih agar-agar santan yang dibelinya tidak boleh dimakan.

"Mareng (semalam) gi beli agar-agar warna hijau. Balik nok (hendak) makan, basi doh (sudah).

"Kepada peniaga bazar, ambe (saya) tak kira pasal harga, tapi nok kabo (beritahu) janganlah jual semula kuih hok (yang) dok abih (tidak habis)...frust sebab anak-anak nak makan, tapi basi," katanya.


Status yang dimuat naiknya mendapat 170 'likes' dan turut mendapat 70 komen yang menyokongnya dan meluahkan pengalaman yang sama.

Fatin Juanah yang turut mengutarakan komen di status Hasniza berkata, beliau turut merasa terkilan apabila kuih yang dibelinya turut basi.

"Beli kuih lopis, nak makan lepas terawih, tapi bila bukak plastik saja dah bau dan rasa masam. Memang sangat kempunan," katanya.

Noor Eyjai pula berharap penjual tidak hanya mahukan keuntungan dengan menafikan hak pembeli.


"Saya beli solok lada RM4, bila balik buka nak makan tak boleh makan sebab dah basi. Membazir je beli. Peniaga tolonglah menjual dengan ikhlas, jangan mengharapkan keuntungan dengan menjual makanan basi," katanya.

Bersambung: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...