SHAH
ALAM- Sekiranya rombakan Kabinet dilakukan, Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak disaran melantik menteri di kalangan anak muda yang bersih,
cerdik dan beriman supaya boleh memacu negara kita ke depan.
Pensyarah
Sains Politik Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM), Penganalisis politik, Prof
Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff berkata, sudah tiba
masanya menteri yang dilantik memahami denyut nadi rakyat dan bukannya dari
golongan yang bercakap seperti tin kosong.
“Lantiklah
menteri yang dapat memahami kesempitan hidup rakyat dengan keadaan ekonomi
sekarang.
"Jangan
lagi melantik menteri yang mengeluarkan kenyataan seperti badut,” katanya
kepada Sinar Online.
Terdahulu
sebuah portal melaporkan, Najib telah memberi bayangan kemungkinan akan ada
rombakan Kabinet tidak lama lagi.
Najib,
ketika menjawab mengenai spekulasi itu, tidak menafikannya dan menggesa
orang ramai bersabar.
"Tunggulah,"
katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat
Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini.
Sementara
itu Agus ketika bercakap mengenai cadangan seorang pemimpin yang mahu kedai
mamak tidak beroperasi 24 jam sehari, beliau mempunyai pendapatnya sendiri.
“Saya
bertanya, bagaimana dengan karaoke, kelab malam dan disko yang dibuka sampai ke
pagi? Tak hendak tutup ke tempat seperti ini?
"Jika
tutup restoran 24 jam, bagaimana kita hendak mengisi kekosongan perut rakyat
yang bekerja pada sebelah malam? Mengapa harus disekat hak rakyat untuk makan
dan berniaga?” katanya.
Terbaharu,
Najib berkata, kerajaan menolak cadangan tersebut dan menegaskan kedai mamak
akan terus beroperasi 24 seperti biasa.
Sumber: KLIK DISINI