MARANG - “Kami lima beranak
sedang tidur sebelum terkejut mendengar dentuman kuat dan kemudiannya atap di
bahagian bilik diterbangkan angin menyebabkan kami takut dan cemas,” kata
mangsa ribut, Norhidayah Shaida Chik, 32.
Norhidayah berkata, dia kemudiannya
segera mendapatkan anak bongsunya berusia 11 bulan di dalam buaian dan keluar
dari bilik tidur diikuti suami, Mohd Nazri Abu Bakar, 38, yang membawa bersama
dua lagi anak mereka.
“Kami cemas kerana bimbang atap
rumah menimpa kami sekeluarga. Selepas ribut reda, saya bersama suami dan
anak-anak meninjau keadaan dalam rumah dan mendapati atap di beberapa bahagian
rumah pecah diterbangkan ribut.