Memaparkan catatan dengan label Hari Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Raya. Papar semua catatan

Jumaat, 2 September 2011

Berhari raya dengan Tuanku Mizan

TAMU KECIL...Tuanku Mizan bersama  Tuanku Nur Zahirah bersalaman dengan pengunjung di Istana Negara, semalam.
TAMU KECIL...Tuanku Mizan bersama Tuanku Nur Zahirah
bersalaman dengan pengunjung di Istana Negara.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di Istana Negara di sini, semalam.

Sesi rumah terbuka bagi orang kenamaan turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta menteri Kabinet dan diplomat asing.

Khamis, 1 September 2011

Perantau dijamu puluhan makanan tradisional Terengganu



Lebih 1,000 perantau yang hadir di Majlis Aidilfitri Bersama Perantau di Kediaman Seri Iman, Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini (31 Ogos) bukan saja dijamu dengan hidangan ketupat, lemang dan rendang malah puluhan juadah tradisional lain.

Mereka yang dari serata negeri kelihatan berselera menikmati menu seperti rojak kateh, tapau, keropok lekor, laksa Terengganu, laksa penang, tart telur dan sebagainya yang jarang ditemui di negeri lain.

Rabu, 31 Ogos 2011

Rumah Terbuka Menteri Besar Meriah



Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri hari ini begitu terasa apabila lebih 15,000 orang pengunjung berbilang bangsa hadir bagi meraikannya di Rumah Terbuka Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said di Kediaman Seri Iman, Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Semangat 1Malaysia nyata terpancar di wajah setiap pengunjung daripada segenap lapisan masyarakat yang sama-sama hadir untuk meraikan dan memeriahkan sambutan bersama umat Islam itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...