SEJAK aplikasi
WhatsApp menjadi
'trend' penggunaannya dalam masyarakat, pelbagai kisah yang telah disoroti sama
ada baik mahupun buruk.
Kalau diteliti, boleh dikatakan penggunaan aplikasi ini lebih
banyak keburukan sepertimana
yang dipaparkan di media.
Antaranya, menurut Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk/Imam
Kariah Taman Keladi, Abidin Hasan dipetik sebagai berkata, WhatsApp
boleh menjadi punca keruntuhan rumah tangga.
Ujar Abidin, pernah suatu ketika ada pasangan datang kepadanya
mengakui WhatsApp menjadi punca mereka berpisah.
"Situasi ini melibatkan isteri/suami yang menyedari
suami/isterinya menjalinkan hubungan dengan wanita/lelaki lain menerusi kiriman
WhatsApp yang turut disulam dengan ayat-ayat cinta dan kemesraan," katanya.
