Memaparkan catatan dengan label Prof Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Prof Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Mei 2018

DR SAM BAWA PENDEKATAN SENDIRI DI TERENGGANU


KETEGASAN MELULU dalam pentadbiran sesebuah kerajaan bukan lagi menjadi budaya politik yang harus diikuti masa kini.
Sebaliknya, Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata apa yang perlu ialah AMALAN BUDAYA POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA.
Bercakap kepada Malaysiakini, Ahmad Samsuri berkata pendekatan tersebut perlu diambil sebagai iktibar sejarah kegagalan pentadbiran PAS di Terengganu selepas pilihan raya umum (PRU) ke-10 lalu.
Ketika itu PAS hanya sempat mentadbir Terenganu selama satu penggal.
"PRU 1999 dengan PRU 2018 yang baru kita hadapi ini jauh berbeza.
"Jadi, untuk mengambil itu adalah suasana yang akan berlaku (dalam pentadbiran hari ini) tidak betul kerana sekarang ini kami mengamalkan politik yang lain," katanya ketika ditemui di Rusila, Marang, Terengganu, baru-baru ini.
Menyedari situasi sekarang berbeza Ahmad Samsuri berkata pendekatan politik matang dan sejahtera akan diteruskan termasuk semasa menguruskan negeri.

Selasa, 15 Mei 2018

'JADIKAN AL-QURAN, RASULULLAH SAW SEBAGAI PANDUAN'


BEKERJALAH BERSAMA KAMI, BUKAN BEKERJA UNTUK KAMI," itu amanat Menteri Besar Terengganu yang baharu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika berucap di hadapan lebih 500 kakitangan Wisma Darul Iman.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, semua pihak menggalas tanggungjawab untuk membawa Terengganu ke era baharu menuju Maju, Berkat dan Sejahtera.
"Prinsip dan dasarnya adalah menjadikan al-Quran dan panduan Nabi Muhammad SAW, ilmu, akhlak dan inovasi sebagai asas membina pelan induk negeri ke arah yang cemerlang seterusnya menjadi contoh negeri yang maju berkat dan sejahtera.
"Matlamat kita adalah besar, membawa agenda pelan Induk Terengganu Sejahtera yang bermatlamat berpandukan slogan, MAJU, BERKAT DAN SEJAHTERA merangkumi semua aspek," katanya.
Terdahulu, Ahmad Samsuri menunaikan solat hajat bersama lebih 500 kakitangan Wisma Darul Iman.
Beliau bersama barisan exco yang lain mempunyai sasaran untuk menjadikan Terengganu sebagai Pusat Koridor Pelancongan Islam Antarabangsa, Hub Pendidikan Islam Antarabangsa, Hub Industri Produk dan Makanan Laut Serantau, Hub Industri Batik Dunia serta Hub Industri Pembangunan dan Pembaikpulih Kapal Negara.
"Kita juga mahu menjadikan negeri ini sebagai Hub Pembangunan Sumber Manusia bagi Industri Minyak dan Gas, Hub Industri Galian Negara, Hub Industri Pembekalan Air, Pembangunan bersepadu dengan jaringan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) serta pemerkasaan pertanian dan asas tani menerusi rantaian nilai lengkap.
"Justeru, saya mengajak semua pihak untuk BERGANDING BAHU MEMBINA DAN MEMBANGUNKAN NEGERI INI yang mana peranan pembuat dasar, enjin pelaksana strategi, pimpinan pentadbiran kerajaan negeri, seluruh jentera kerajaan serta rakyat adalah sama penting dan mempunyai peranan masing-masing," katanya.

Sumber: KLIK DISINI

Ahad, 6 Mei 2018

#PRU14: PAS YAKIN DI LANDASAN BETUL


MARANG - PAS KINI BERADA DI LANDASAN YANG BETUL berdasarkan gerak kerja jentera parti berkenaan di seluruh negara, kata Ketua Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR.

Beliau berkata, sehingga hari ini, melalui gerakan jentera pilihan raya di seluruh Malaysia, parti itu mendapati jentera parti berada dalam keadaan sangat baik dan mengikut perancangan parti.

“Setakat ini, apa yang kita rancangkan dan kita gerakan oleh jentera pilihan raya di negeri-negeri di seluruh Malaysia ini berada dalam keadaan yang sangat baik dan mengikut perancangan.

“Dan kita mengharapkan momentum ini kekal supaya kita dapat membina persepsi yang baik seterusnya memperoleh keputusan lebih baik berbanding dengan PRU lepas,” katanya.

Beliau yang juga merupakan CALON PAS DI DUN RHU RENDANG berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian di Pejabat Kesatuan Ulama Sedunia di Rusila, hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...