Apa khasiat daun pandan dan apakah kegunaannya? Setiap apa yang Allah cipta atas muka bumi ini semuanya ada manfaat samaada yang tersurat ataupun yang tersirat. Macam contoh ramai yang kata nyamuk ni tak berguna sedangkan kehadiran nyamuk ni akan menstabilkan ekosistem sebab nyamuk merupakan rantaian makanan paling bawah sekali.
Begitu juga dengan khinzir dan sebagainya. Semuanya ada manfaat masing-masing. Cuma kita je yang tidak mahu berfikir jauh tentang ciptaan Allah ni.
Baiklah.
Mungkin korang tahu daun apakah ini?
Ni adalah daun pandan di mana setiap rumah di kawasan kampung mesti ada pokok ni ditanam.
Kenapa ditanam pokok pandan?
Apa khasiat daun pandan?
Jadi dalam artikel ni saya akan kongsikan pada korang apakah khasiat daun pandan dan kegunaannya.
Sebelum kita lihat khasiat daun pandan, di sini jom kita kenal dulu ciri-ciri daun pandan sebab daun pandan ni nak sama dengan kebanyakkan tumbuhan yang lain.
Ciri-Ciri Daun Pandan
Disebabkan daun pandan ni nak sama dengan daun-daun yang lain, jom kita tengok ciri-ciri daun pandan ni.
- Berbau wangi (bau pandan)
- Memiliki daun berwarna hijau
- Panjang daunnya boleh mencecah 55-57 cm dengan kelebaran 4-5 cm
- Kadang kala ia berbunga. Bunganya berwarna putih dan berbentuk bongol.
- Ketinggian pokok pandan boleh mencecah 3-4 meter dan lebarnya membiak sehingga 2-9 meter.
- Mempunyai batang yang bulat serta ada bekas daun bertapak.
Info Menarik Pokok Pandan
Pandan dalam bahasa botani adalah Pandanus amaryllifolius. Dalam bahasa inggeris pula, pokok pandan disebut Screw Pine Leaves atau pandan leaves.
Ia merupakan tumbuhan herba yag berasal dari Asia tenggara dan Asia Selatan. Sebab itu ia mudah ditemui di negara Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand dan sebagainya.
Pokok pandan sebenarnya mempunyai banyak jenis tapi pandan yang wangi sahaja kita boleh digunakan sebagai herba, masakkan atau pembuatan kuih muih. Jenis pandan yang lain hanya sesuai dijadikan anyaman tikar, bakul dan perhiasan lain.
Pokok pandan mempunyai beberapa kandungan bahan kimia antaranya 2-acetyl-1-pyrolline yang menjadi asas kepada pati ekstrak minyak pandan yang dihasilkan menerusi daunnya. Ia juga mengandungi kandungan styrene, linalool dan B-cayophyllene serta beberapa jenis piperidine seperti alkaloid (epandamarin dan pandamarilactones) yang merujuk kepada latex atau seakan-akan susu putih.
21 Khasiat Daun Pandan Dan Kegunaannya
Tak dinafikan lagi daun pandan sangat banyak khasiat dan kegunaannya. Selain ia berguna dijadikan dalam pembuatan kuih muih serta masakan, daun pandan juga berguna dalam perubatan tradisonal.
Jom kita lihat 21 Khasiat daun pandan serta kegunaannya.
#1: Menurunkan Darah Tinggi
Bagi sesesiapa yang ada darah tinggi, korang boleh ambil beberapa helai daun pandan dan rebus dalam periuk kecil dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira kira setengah gelas saja. Minum airnya.
Kemudian ambil airnya yang lebih tadi dalam periuk dan minum.
InsyaAllah dengan aroma yang ada pada daun pandan ia dapat menenangkan fikiran korang dan rasa lebih rileks sekaligus dapat menurunkan darah tinggi.

