KEMAMAN –
Hati kering! Itu gambaran sikap sesetengah pengguna Lebuh raya Pantai Timur
Fasa 2 (LPT2) yang masih melanggar had laju hinggakan dalam tempoh cuma dua jam
operasi had laju dilakukan di laluan itu, sebanyak 102 saman dikeluarkan polis,
kelmarin.
Statistik
seramai 85 maut di laluan itu dari Januari 2011 hingga 26 Oktober lalu,
langsung tidak menggerunkan mereka.
Dalam
operasi itu, sekatan jalan raya dibuat di kedua-dua arah di Kilometer (KM) 255
dekat Perasing, Kemaman, yang mana dua kamera dipasang di dua hala iaitu di
KM240 arah Kuantan-Kuala Terengganu dan KM273.4 arah Kuala Terengganu-Kuantan.
