Memaparkan catatan dengan label Dana Kerajaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dana Kerajaan. Papar semua catatan

Khamis, 15 Disember 2011

PROGRAM BANTUAN KHAS RAKYAT 2011 JKKK RHU RENDANG PANTAI, MARANG


Rhu Rendang 15/12/2011 - Program penyampaian Bantuan Khas Kerajaan 2011 bagi JKKK Rhu Rendang Pantai, Marang, Terengganu berlangsung diperkarangan rumah Setiausaha JKKK En. Zubir bermula jam 5.00 petang. Majlis telah disempurkan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku. Turut hadir Pengerusi JKKK dan En. Suhaidi Hassan (Pembantu Khas PP DUN).

Ahad, 11 Disember 2011

Tambahan dana RM1 juta untuk penjawat awam beli kenderaan

6protonmpvjpg

Kerajaan negeri akan menambah dana RM1 juta lagi bagi Akaun Amanah Pinjaman Kenderaan menjadikan jumlahnya RM16 juta bagi membolehkan lebih ramai penjawat awam negeri ini mendapat pembiayaan kenderaan tanpa faedah.


Sehubungan itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, meminta penjawat awam supaya terus memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan yang memerintah kerana sentiasa mengutamakan kepentingan dan kebajikan mereka.

Selasa, 15 November 2011

BANTUAN RM100 KEPADA PELAJAR-PELAJAR TAHUN 1 - 6 SEK. KEB. RUSILA, MARANG



Marang 15/11/2011 - Pengagihan Bantuan Kerajaan berupa wang tunai berjumlah RM100 kepada pelajar-pelajar sekolah Kebangsaan dan Menengah dari tahun 1 hingga tahun 6, telahpun bermula sejak beberapa hari yang lalu. Bagi Sekolah Kebangsaan Rusila, pengagihan bermula pada hari ini mulai jam 11.30 pagi yang disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...