KUALA LUMPUR: Polis
sedang mengesan seorang lelaki dipercayai warga Nepal yang didakwa mencabul
penyanyi jalanan dalam kejadian di hadapan pusat beli-belah Sogo, malam
kelmarin, bagi membantu siasatan.
Kejadian pada jam 9
malam itu, mangsa seorang wanita berusia 23 tahun dikatakan dipeluk dan diraba
lelaki warga Nepal terbabit ketika sedang bersiap sedia untuk membuat
persembahan di hadapan pusat beli-belah berkenaan.
